Tawar ujian saringan Covid-19 dengan harga RM70

Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng berkata, program dianjurkan dengan kerjasama DAP Kepong itu terbuka kepada semua golongan.
Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng berkata, program dianjurkan dengan kerjasama DAP Kepong itu terbuka kepada semua golongan.
A
A
A

KEPONG - Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Kepong dengan kerjasama KL Medical Clinic menawarkan ujian saringan Covid-19 menggunakan teknik Antigen Rapid Test Kit (RTK-Ag) dengan harga RM70.

Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng berkata, program dianjurkan dengan kerjasama DAP Kepong itu terbuka kepada semua golongan.

Menurutnya, ujian saringan itu akan dilaksanakan pada Isnin, Rabu dan Jumaat di Tokong Yuen Long, Kepong sehingga 10 Februari depan.

“Perhatian untuk semua! Kepada sesiapa yang ingin melakukan ujian saringan Covid-19 (RTK-Ag), boleh datang ke Kepong! Ujian ini untuk semua orang!

“Ujian saringan ini akan berlangsung sehingga 10 Februari. Hanya bawa salinan MyKad dan tidak perlu temu janji,” katanya menerusi kenyataan di Twitternya pada Sabtu.

Sementara itu, Ahli Parlimen Lembah Pantai Fahmi Fazil turut mengambil inisiatif yang sama khusus kepada penduduk atau pekerja di kawasan Lembah Pantai dan kawasan-kawasan berdekatan.

“Ujian saringan RTK-Antigen, kepusan dalam masa tiga jam. RM70. Tempat terhad,” katanya menerusi kenyataan di Twitternya pada Sabtu.

Artikel Berkaitan: