X

Kindly register in order to view this article
!

Sabtu | 22 Januari 2022

98 pelatih Pulapol positif Covid-19

A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Seramai 98 pelatih yang sedang menjalani Program Latihan Asas Kepolisan (PLAK) di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Kuala Lumpur, di sini dan Segamat, Johor disahkan positif Covid-19.

Mereka yang positif adalah 78 pelatih Kadet Inspektor dari Pulapol Kuala Lumpur manakala 20 lagi membabitkan pelatih Konstabel dari Pulapol Segamat, Johor.

Pengarah Jabatan Pengurusan Bukit Aman, Datuk Ramli Din berkata, kesemua pelatih telah dikuarantin dan proses sanitasi di semua asrama telah dijalankan.

"Penularan tersebut menyebabkan sesi latihan di dua pusat latihan berkenaan dihentikan buat sementara waktu.

"Buat masa ini tiada pergerakan keluar masuk dibenarkan. Hanya pergerakan untuk barang keperluan sahaja dibenarkan," katanya kepada Sinar Harian pada Sabtu.

Tambahnya, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang memantau keadaan dan membuat penilaian risiko.

Pada Jumaat, negara mencatatkan kes harian tertinggi apabila 5,725 kes baharu Covid-19 direkodkan sekali gus menjadikan jumlah kumulatif kes dalam negara mencecah 203,933 kes.

KKM dalam kenyataan berkata, peningkatan kes itu menjadikan jumlah keseluruhan penularan wabak terbabit dalam negara bertambah kepada 203,933 kes dengan kebolehjangkitan 45,478 kes.

Katanya, daripada jumlah itu, 5,718 kes penularan tempatan, manakala tujuh lagi kes import.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!