Nikmati resipi rendah garam yang lazat!

A
A

PENGAMBILAN jumlah garam yang rendah dapat membantu meningkatkan kesihatan secara menyeluruh. Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia, makanan rendah garam dapat mengurangkan risiko tekanan darah tinggi dan penyakit tidak berjangkit yang lain. Garam mengandungi 40 peratus sodium.

Tahukah anda bahawa perencah Umami AJI-NO-MOTO® mengandungi hanya satu pertiga sodium berbanding garam?

Inisiatif Penciptaan Nilai Bersama oleh Kumpulan Ajinomoto (ASV) adalah bertujuan untuk mempromosikan kesihatan dan kesejahteraan dalam kalangan masyarakat melalui penggunaan perencah Umami.

Sejak tahun 2015, Ajinomoto (Malaysia) Berhad (AMB) bersama-sama dengan Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU) telah mengambil inisiatif untuk mencipta menu lazat yang seimbang serta rendah kandungan sodium dengan penggunaan Umami bagi warga emas. Dengan menggunakan perencah Umami AJI-NO-MOTO®, sehingga 45 peratus kandungan sodium berjaya dikurangkan dalam menu yang disajikan kepada warga emas pada setiap hari.

Kami berusaha untuk meningkatkan selera makan dalam kalangan warga emas melalui diet seimbang di samping mempromosikan kualiti hidup yang lebih baik. Program ini adalah sebahagian daripada inisiatif ASV dan program komuniti IMU Cares serta telah dianugerahkan dengan Anugerah Perak bagi kategori “Program Komuniti Terbaik” dalam Anugerah dan Sidang Kemuncak CSR Global bagi tahun 2017.

Antara inisiatif lain untuk mempromosikan diet rendah sodium oleh Ajinomoto (Malaysia) Berhad termasuklah perkongsian tentang penggunaan Umami dalam persidangan saintifik (termasuk pembentangan hasil projek penambahbaikan diet warga emas), mengadakan bengkel untuk akademi pendidikan kulinari, latihan kepada tukang-tukang masak, siaran media dan banyak lagi.

Petua Memasak!

Semasa memasak, masukkan perencah Umami AJI-NO-MOTO® terlebih dahulu diikuti dengan garam. Kaedah ini dapat mengelakkan penggunaan garam yang berlebihan dan mengurangkan kadar sodium dalam garam serta mengekalkan kelazatan makanan.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.ajinomoto.com.my


Bermula dengan hanya RM5 anda telah menyokong Berita Fakta dan Komprehensif kami, sokong berita kami.
Terima Kasih Rakyat Malaysia