Arab Saudi tutup sempadan sehingga 17 Mei

Sekatan penerbangan ke Arab Saudi dilanjutkan hingga 17 Mei depan.
Sekatan penerbangan ke Arab Saudi dilanjutkan hingga 17 Mei depan.
A
A
A

RIYADH - Arab Saudi melanjutkan tempoh sekatan perjalanan dan menunda tarikh pembukaan semula sempadannya daripada 31 Mac kepada 17 Mei susulan kelewatan penerimaan bekalan vaksin Covid-19, kata pihak berkuasa pada Jumaat.

Pengumuman Menteri Dalam Negeri itu dibuat selepas beberapa minggu kerajaan memutuskan untuk membuka semula pintu masuk darat, laut dan udara bagi tujuan penerbangan susulan penurunan kes jangkitan Covid-19.

Pada 8 Januari lalu, Arab Saudi menetapkan 31 Mac sebagai tarikh pembatalan larangan penerbangan antarabangsa.

Keputusan terbaharu itu susulan kenyataan Menteri Kesihatan Arab Saudi yang menjelaskan pengeluar vaksin Covid-19 gagal untuk mematuhi tarikh akhir pembekalan vaksin.

Gelombang kedua Covid-19 yang kini menular lebih cepat di seluruh dunia turut mempengaruhi keputusan itu.

Sebelum menarik balik sekatan perjalanan untuk rakyat Arab Saudi dan membuka semula sempadan, kerajaan menyasarkan untuk memvaksin sebahagian besar penduduk.

Arab Saudi menggantung penerbangan antarabangsa pada Disember lalu selepas kemunculan varian baharu Covid-19. - Agensi

Artikel Berkaitan: