Hanya nilai moral mampu ubati pandemik rasuah

Program bertajuk 'Corruption: A Deadly Virus' yang akan disiarkan secara langsung menerusi platform media sosial @realchunwai pada Jumaat.
Program bertajuk 'Corruption: A Deadly Virus' yang akan disiarkan secara langsung menerusi platform media sosial @realchunwai pada Jumaat.
A
A
A

SHAH ALAM - Hanya dengan nilai moral yang tinggi mampu menjadi vaksin bagi mengubati pandemik rasuah yang melanda negara pada ketika ini.

Pengerusi Lembaga Pengarah Kumpulan Karangkraf, Datuk Dr Hussamuddin Yaacub berkata, rasuah sudah menjadi satu budaya dalam masyarakat dan sebahagian daripada ekosistem.

“Apa yang mendorong saya muncul dengan kempen ini ialah selepas seorang kawan baik datang berjumpa saya beberapa minggu lalu.

“Dia beritahu anak lelakinya mengalami masalah mata dan dia mahu jumpa dengan doktor pakar mata di sebuah hospital kerajaan tetapi temujanji itu mengambil masa selama satu tahun.

“Tapi kerani di hospital itu beritahu dia, kalau mahu temujanji dipercepatkan, kena bayar sikitlah.

“Jadi saya fikir kalau di tahap itu pun sudah ada rasuah, saya rasa kita tidak boleh nafikan lagi bukan sahaja ahli politik tetapi rakyat keseluruhannya juga dah korup,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi program bertajuk 'Corruption: A Deadly Virus' yang akan disiarkan secara langsung menerusi platform media sosial @realchunwai pada Jumaat.

Program bual bicara itu dihoskan bekas Penasihat Kumpulan Star Media Group Berhad, Datuk Seri Wong Chun Wai

Artikel Berkaitan:

Turut serta sebagai panelis dalam program yang diadakan dengan kerjasama Asia News Network (ANN) itu ialah Tokoh Wartawan Negara, Tan Sri Johan Jaaffar.

ARTIKEL BERKAITAN: Jihad perangi rasuah bukan bersifat retorik

Sikap tidak peduli faktor rasuah semakin berkembang: Johan Jaaffar

Pada 16 Januari lalu, Hussamuddin melancarkan kempen atau gerakan yang dinamakan sebagai Sinar Untuk Malaysia #NilaiMoralKarakterBangsa bagi membanteras gejala rasuah dan membina semula negara.

Ia merupakan satu gerakan reformasi moral dari rakyat untuk rakyat dan negara, tanpa sebarang agenda politik.

Dalam pada itu, Hussamuddin berkata, sekarang adalah waktu yang tepat untuk menghapuskan rantaian yang membelenggu rakyat dan negara selama ini.

“Oleh itu, sekarang kita perlu ubah ekosistem. Sebab itu saya tampil dengan kempen besar ini kerana saya nak perubahan besar dimulakan rakyat, bukan untuk tukar kerajaan atau sebagainya tetapi untuk ubah diri kita sendiri dahulu.

“Kita mesti berubah, bermakna sikap terhadap rasuah iaitu nilai moral perlu dipertingkatkan kerana bagi saya rasuah berlaku sebab jatuhnya nilai moral rakyat Malaysia. Ia kerana kita benarkan ia berlaku,” tegas beliau.

Sehubungan itu, beliau menyeru semua pihak tanpa mengira agama dan kaum untuk sama-sama terlibat menjayakan kempen tersebut.

“Kita tidak boleh rahsiakan dan nafikan perkara ini kerana situasi ini memang berlaku. Ini kerana kita adalah pemberi dan juga penerima rasuah.

“Penerima rasuah pun boleh jadi pemberi rasuah, juga kerana ia susah menjadi satu ekosistem, sebab itu kita perlu putuskan rantaian ini,” katanya.