Tentera Israel serang penggembala Palestin

Kenderaan tentera Israel melakukan rondaan di zon penampan di timur Deir Al-Balah.
Kenderaan tentera Israel melakukan rondaan di zon penampan di timur Deir Al-Balah.
A
A
A

GAZA CITY - GENTING GAZA. Tentera Israel melepaskan tembakan ke arah sekumpulan penggembala Palestin di timur Deir Al-Balah di tengah Genting Gaza yang diduduki, semalam.

Saksi memberitahu media tempatan bahawa askar Israel yang ditempatkan di menara tentera di kawasan terbabit bertindak menakut-nakutkan penggembala tersebut.

Bagaimanapun, tiada kecederaan atau kematian dilaporkan.

Tentera Israel sering mengambil pendekatan ganas apabila kerap melepaskan tembakan di sepanjang kawasan sempadan sekiranya rakyat Palestin berada terlalu hampir dengan zon penampan di Gaza.

Dalam perkembangan berkaitan, sekumpulan peneroka haram Yahudi mencetuskan kemarahan penduduk Palestin apabila bertindak menceroboh perkampungan Al-Mughayyir di Ramallah.

Kumpulan terbabit turut melepaskan tembakan namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Kejadian sama dilaporkan dua minggu lalu di perkampungan terbabit. - Agensi

Artikel Berkaitan: