Kanak-kanak maut lemas dalam tong disyaki didera

Kanak-kanak malang itu didakwa lemas di dalam tong air di rumahnya di Taman Krubong Jaya.
Kanak-kanak malang itu didakwa lemas di dalam tong air di rumahnya di Taman Krubong Jaya.
A
A
A

MELAKA - Seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun meninggal dunia selepas dipercayai didera ibu kandung dan bapa tirinya pada petang Jumaat.

Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang, kanak-kanak malang itu didakwa lemas di dalam tong air di rumahnya di Taman Krubong Jaya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka, Asisten Komisioner Mohd Sukri Kaman berkata, bagaimanapun siasatan mendapati terdapat kecederaan pada fizikal badan mangsa.

Menurutnya, hasil pemeriksaan fizikalnya pada kanak-kanak berusia 7 tahun itu terdapat kesan lebam dan kecederaan di beberapa anggota badan.

"Bilik Gerakan Melaka Tengah terima panggilan seorang lelaki memaklumkan bahawa anaknya telah mati lemas di dalam tong air di rumahnya di Taman Krubong Jaya.

"Berikutan itu polis telah menahan ibu dan bapa tirinya masing-masing berusia 32 dan 38 tahun, " katanya ketika dihubungi di sini pada Jumaat.

Mengulas lanjut beliau berkata, kanak-kanak yang tinggal bersama ibu dan ayah tiri itu telah dicederakan dan siasatan lanjut dijalankan dibawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Menurutnya, mayat mangsa telah dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Melaka.

Artikel Berkaitan:

"Kita buka siasatan bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana melakukan bunuh dan permohonan reman akan dilakukan esok di Kompleks Mahkamah Ayer Keroh," katanya.