X

Kindly register in order to view this article
!

'Kes Covid-19 makin naik tapi syarat PKP makin longgar'

Datuk Seri Najib Tun Razak
A
A

SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mempersoal tindakan kerajaan yang membenarkan semua sektor perniagaan beroperasi sehingga jam 10 malam yang berkuatkuasa pada Jumaat.

Menurutnya, pengumuman tersebut menyebabkan usaha masyarakat menjalani Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selama 17 hari dibazirkan.

“Pasar tani buka, pasar malam buka, kilang buka, tapak pembinaan buka, kedai perabot buka, kedai emas buka, kedai pakaian dalam mewah dan fesyen buka, 'shopping mall' buka. Sampai 10 malam.

“Sebenarnya kita buat PKP untuk apa memandangkan kes baharu Covid masih semakin naik dan syarat semakin longgar?

“Jika begini, hentikan sahaja PKP supaya adil pada semua. Sebab itu dari hari pertama PKP, saya telah saran supaya PKP paling ketat dilaksanakan untuk dua minggu sahaja untuk memberi impak maksima untuk usaha lawan Covid-19,” katanya melalui hantaran di Facebook pada Jumaat.

Ahli Parlimen Pekan itu berkata, keputusan berkenaan menyebabkan kes Covid-19 tidak menurun dan menjadikan Malaysia sebagai negara paling teruk dilanda wabak pandemik dalam ASEAN.

“Tekanan ke atas sistem kesihatan dan 'frontliners' semakin berat. Rakyat disuruh kuarantin dan rawat kendiri di rumah.

“Semakin banyak kluster Covid-19 tempat kerja tercetus tapi semakin banyak kelonggaran untuk PKP diberi pula,” ujarnya.

Terdahulu, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan waktu operasi semua sektor perniagaan yang dibenarkan sepanjang tempoh PKP dilanjutkan sehingga jam 10 malam pada Khamis.

Beliau berkata, antaranya ialah kedai runcit, kedai serbaneka, farmasi, kedai keperluan harian, kedai makanan haiwan, kedai dobi dan kedai cermin mata yang diumumkan sebelum ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Kedai runcit, farmasi, dobi dibenar operasi hingga 10 malam


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!