Lima hari tidur di kaki lima tunggu wang BPN

Akau Rabi (kiri) terpaksa tidur di kaki lima jalan di Sarawak sejak lima hari lalu untuk mendapatkan wang BPN. -Foto Malaysianow
Akau Rabi (kiri) terpaksa tidur di kaki lima jalan di Sarawak sejak lima hari lalu untuk mendapatkan wang BPN. -Foto Malaysianow
A
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Seorang warga emas sanggup menaiki bas sejauh 90 kilometer dari kampungnya di Sebuyau ke bandar Kuching, Sarawak dengan membayar tambang RM40 semata-mata mahu mengambil duit Bantuan Prihatin Nasional (BPN) 2.0 berjumlah RM350.

Memetik laporan Malaysianow, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, kisah Akau Rabi sangat menyentuh hati kerana lelaki itu sudah lima malam warga emas itu terpaksa tidur di kaki lima jalan untuk mendapatkan duit BPN.

Mohd Puad berkata, ekoran keadaan itu, sehingga kini sudah lima malam warga emas itu terpaksa tidur di kaki lima jalan untuk mendapatkan duit BPN.

Beliau berkata, Akau Rabi sendiri tidak tahu tarikh untuk pembayaran kerana cuma diberitahu bayaran akan dibuat pada akhir bulan.

Menurutnya, di kampung warga emas itu tidak ada mesin pengeluaran wang automatik (ATM) dan perlu ambil sendiri di Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Kuching.

"Bayangkan dengan usia lanjut dia tidur di tepi jalan. Makan minum tidak menentu kerana wang saku yang sedikit. Berbaloi ke dia datang ke Kuching?

"Apakah tidak ada kaedah yang memudahkan rakyat pedalaman macam Akau Rabi. Apakah Perdana Menteri atau Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz tidak prihatin kepada mereka ini.

"Buatlah sesuatu. Permudahkan rakyat. Jangan banyak syarat macam i-Sinar KWSP dan moratorium bank," katanya.

Artikel Berkaitan:

Mohd Puad turut mempersoalkan tindakan kerajaan terhadap kisah Akau Rabi yang didedahkan beliau itu.

Katanya, situasi yang berlaku itu belum mengambil kira kemudahan internet di kawasan pedalaman untuk sesi Pengajaran dan Pembelajaran Di Rumah (PdPR).

"Semoga Akau Rabi pulang ke Sebuyau dengan selamat dan bawa balik duit BPN yang mungkin berbaki cuma RM200," katanya.