Polis terima satu laporan babitkan Anonymous Malaysia

Laporan Sinar Harian pada Selasa mengenai kumpulan penggodam terkenal, Anonymous Malaysia (Anonymous) kembali muncul dengan mesej amaran kepada kerajaan Malaysia.
Laporan Sinar Harian pada Selasa mengenai kumpulan penggodam terkenal, Anonymous Malaysia (Anonymous) kembali muncul dengan mesej amaran kepada kerajaan Malaysia.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis menerima satu laporan membabitkan isu kebocoran data dan ancaman serangan siber oleh kumpulan penggodam, Anonymous Malaysia.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK), Datuk Zainuddin Yaacob berkata, polis telah membuka kertas siasatan berhubung kenyataan dimuat naik pihak terlibat melalui Facebook.

"Kenyataan tersebut didapati dimuat naik sebanyak dua kali di Facebook dan polis membuat siasatan selepas menerima laporan.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 505 dan 507 Kanun Keseksaan, selain Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia," katanya di sini pada Jumaat.

Terdahulu, Anonymous Malaysia yang merupakan kumpulan penggodam terkenal kembali muncul dengan sebuah mesej amaran yang ditujukan kepada kerajaan Malaysia.

Menerusi satu video yang dikongsikan melalui akaun Facebook Anonymous Malaysia pada Isnin, mereka mendakwa tahap keselamatan siber negara berada di tahap yang rendah dan berisiko kepada berlakunya kes kebocoran data.

Bagi menyokong dakwaan tersebut, kumpulan tersebut memberikan beberapa kes antaranya seperti kebocoran data oleh syarikat telekomunikasi negara pada tahun 2017 yang melibatkan sebanyak 46 juta nombor telefon bimbit pengguna di Malaysia.

Selain itu, video berdurasi 2.29 saat yang masih belum dipastikan kesahihannya itu turut menyatakan bahawa peningkatan kes penipuan dan insiden serangan siber baru-baru ini yang melibatkan portal web Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sebagai asas dakwaan mereka.

Artikel Berkaitan:

ARTIKEL BERKAITAN: Penggodam Anonymous beri amaran kepada kerajaan Malaysia

Ancaman laman web digodam, semua agensi kerajaan diberi notis amaran