Sembilan ditahan sertai parti liar di hotel mewah

 Polis menyerbu sebuah bilik hotel mewah di Machang Bubok, Bukit Mertajam di sini dan menahan sembilan individu termasuk empat remaja perempuan kerana menghadiri parti liar.
Polis menyerbu sebuah bilik hotel mewah di Machang Bubok, Bukit Mertajam di sini dan menahan sembilan individu termasuk empat remaja perempuan kerana menghadiri parti liar.
A
A
A

GEORGETOWN - Polis menyerbu sebuah bilik hotel mewah di Machang Bubok, Bukit Mertajam di sini dan menahan sembilan individu termasuk empat remaja perempuan kerana menghadiri parti liar.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, Senior Asisten Komisioner Rahimi Mohd Ra'ais berkata, kesemua mereka ditahan dalam serbuan yang dilakukan pada tengah malam Jumaat.

Menurutnya, siasatan mendapati semua individu berusia lingkungan 16 hingga 24 tahun itu menyewa bilik hotel berkenaan untuk menganjurkan parti liar sempena hari lahir salah seorang daripada mereka.

"Selepas membuat risikan dan daripada maklumat awam, kita telah menyerbu sebuah bilik berkenaan. Serbuan dilakukan sepasukan polis dari Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Pulau Pinang pada 12.30 tengah malam tadi (Jumaat)," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Jumaat.

Tambah beliau, kesemua individu itu juga dikompaun kerana melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang sedang berkuat kuasa ketika ini.

"Setiap seorang yang ditahan itu dikompaun sebanyak RM1,000 kerana melanggar PKP. Mereka dibawa balik ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Tengah (SPT) untuk proses dokumentasi dan ujian saringan air kencing," katanya.

Artikel Berkaitan: