Nahas helikopter ragut tiga nyawa di Habsyah

Nahas berlaku di wilayah Abyei yang dipertikaikan berhampiran sempadan Sudan dan Sudan Selatan.
Nahas berlaku di wilayah Abyei yang dipertikaikan berhampiran sempadan Sudan dan Sudan Selatan.
A
A
A

ADDIS ABABA - HABSYAH. Sekurang-kurangnya tiga orang dilaporkan terbunuh selepas helikopter tentera Habsyah terhempas berhampiran kawasan misi pengaman di wilayah Abyei yang dipertikaikan berhampiran sempadan Sudan dan Sudan Selatan pada Sabtu.

Jurucakap tentera berkata, semasa kejadian helikopter tersebut membawa 23 askar Habsyah.

Daripada jumlah tersebut, 10 mengalami kecederaan. Tiga daripadanya dalam keadaan kritikal.

Punca nahas masih disiasat. - Agensi

Artikel Berkaitan: