Covid-19: Prasekolah cetus kluster baharu

Kluster Covid-19 terbaharu di Labuan dikesan berpunca daripada sebuah prasekolah Islam swasta di Taman Mahkota Impian, Jalan Bukit Timbalai, Kampung Sungai Buton. Gambar Hiasan
Kluster Covid-19 terbaharu di Labuan dikesan berpunca daripada sebuah prasekolah Islam swasta di Taman Mahkota Impian, Jalan Bukit Timbalai, Kampung Sungai Buton. Gambar Hiasan
A
A
A

LABUAN - Kluster Covid-19 terbaharu di Labuan dikesan berpunca daripada sebuah prasekolah Islam swasta di Taman Mahkota Impian, Jalan Bukit Timbalai, Kampung Sungai Buton, kata Pengarah Jabatan kesihatan Labuan Dr Ismuni Bohari.

Beliau berkata kluster Taman Mahkota Impian pada mulanya melibatkan tujuh kes, sebelum meningkat kepada 20 disahkan positif menerusi ujian ‘polymerase chain reaction’ (PCR).

Bernama difahamkan bahawa pusat prasekolah di rumah satu tingkat itu telah dibuka semula dari 20 hingga 23 Januari untuk pembelajaran secara bersemuka, namun ia diarah ditutup dari 26 hingga 30 Januari ini untuk proses sanitasi.

Dr Ismuni berkata seorang guru berumur 26 tahun dengan sejarah perjalanan ke Sabah merupakan kes indeks dalam kluster itu.

Kes indeks itu disahkan positif pada 28 Januari, dan ia mulai menjangkiti enam lagi individu yang terdiri daripada guru dan pelajar.

Beliau berkata lebih 200 individu dari kluster ini telah menjalani ujian PCR sejak 22 Januari dan masih menunggu keputusan mereka.

“Kita jangka jangkitan daripada kluster ini akan melonjak disebabkan jumlah tinggi kontak rapat kes-kes positif. Kita memang berharap untuk mengawal jangkitan, tapi akhirnya ia bergantung kepada kerjasama daripada kontak rapat,” katanya kepada Bernama.

Labuan mencatatkan 2,089 kes positif sehingga kini, dengan tiga kluster aktif yang terdiri daripada kluster Hujung Pasir, Jalan Mohammed Salleh (Institut Latihan Perindustrian) dan Taman Mahkota Impian. - Bernama

Artikel Berkaitan: