MCMC bantu rakyat terjejas capaian internet menerusi projek Jendela

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mengambil pendekatan proaktif dalam menyelesaikan masalah pencapaian internet rakyat menerusi Projek Jalinan Digital Negara (Jendela).
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mengambil pendekatan proaktif dalam menyelesaikan masalah pencapaian internet rakyat menerusi Projek Jalinan Digital Negara (Jendela).
A
A
A

SHAH ALAM - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mengambil pendekatan proaktif dalam menyelesaikan masalah pencapaian internet rakyat menerusi Projek Jalinan Digital Negara (Jendela).

Menerusi satu kenyataan, MCMC telah mengenal pasti lapan lokasi utama yang mendapat liputan luas khususnya kawasan luar bandar yang memerlukan bantuan capaian internet.

"Pihak MCMC juga telah turun padang dan memberi perhatian serta mengambil pendekatan proaktif dalam menyelesaikan isu ini," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Menurut kenyataan itu, MCMC bekerjasama dengan Telekom Malaysia (TM) untuk melaksanakan kerja-kerja penyambungan talian tetap Unifi kepada yang memerlukan.

“Sebuah menara telekomunikasi di Kampung Batu Selinsing akan dinaik taraf kepada teknologi 4G di bawah Projek Jendela, manakala di Kampung Aring 5, Gua Musang tinjauan dan tindakan menguji kekuatan isyarat setiap syarikat telekomunikasi telah dijalankan," katanya.

Pada masa sama, katanya, Celcom turut mengalihkan satu sektor antena menara telekomunikasi di Pulau Aman bagi meningkatkan kualiti liputan sebagai langkah sementara.

“Sebuah menara telekomunikasi baharu juga akan dibina di kawasan kampung Kaum Asli Kemidak, Segamat, Johor. Menara berkenaan akan dilaksanakan di bawah Pelan Jendela Fasa 1 yang kini dalam proses tender,” katanya.

Menurut kenyataan itu, masalah capaian internet yang dihadapi oleh tiga beradik di Kampung Labi, Beaufort juga bakal diatasi apabila sebuah menara baharu akan dibina di Kampung Sungkadan.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, katanya, sebuah menara baharu akan dibina di Kampung Singgaron Baru di bawah perancangan Jendela dan dibina pada lokasi yang bersesuaian bagi memberikan liputan lebih baik kepada kampung berkenaan.

"Ini adalah langkah-langkah MCMC untuk membantu secepat mungkin kawasan yang terkesan