Komitmen kerajaan perangi rasuah jelas, berterusan

Dasar dan komitmen kerajaan dalam memerangi rasuah adalah jelas serta berterusan. - Foto Bernama
Dasar dan komitmen kerajaan dalam memerangi rasuah adalah jelas serta berterusan. - Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - Meskipun kedudukan negara pada Indeks Persepsi Rasuah (CPI) jatuh, dasar dan komitmen kerajaan dalam memerangi rasuah adalah jelas serta berterusan, tegas Pejabat Perdana Menteri.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan pada Jumaat, pejabat itu berkata, Pelan Antirasuah Nasional (NACP) yang dilancarkan Pakatan Harapan (PH) semasa memegang tampuk pimpinan diteruskan sepertimana dimaklumkan pada peringkat awal pemerintahan kerajaan Perikatan Nasional (PN).

"Kerajaan melalui Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Anti Rasuah (JKKMAR) juga sentiasa melihat kepada kaedah dalam meningkatkan tadbir urus dalam pentadbiran kerajaan.

"Malah kerajaan tidak pernah dan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pelaku rasuah serta tindakan tegas akan diambil mengikut prinsip 'rule of law'," katanya.

AKAN MENYUSUL

Artikel Berkaitan: