Covid-19 makin 'mengganas', 5,725 kes hari ini

Dr Noor Hisham
Dr Noor Hisham
A
A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMASKINI] Kes harian positif Covid -19 melonjak ke angka tertinggi dengan 5,725 individu dijangkiti wabak itu.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pertambahan kes itu menjadikan jumlah kumulatif kes positif Covid-19 sebanyak 203,933.

"Terdapat 45,478 kes aktif di seluruh negara," katanya.

Menurutnya, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesan tujuh kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara manakala 5,718 merupakan penularan tempatan.

"Pesakit yang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) mencatatkan 301 kes termasuk 115 pesakit yang memerlukan bantuan pernafasan dengan menggunakan mesin ventilator," katanya.

Beliau berkata, KKM turut merekodkan 16 kematian akibat Covid-19 sekali gus menjadikan jumlah keseluruhannya adalah 733 kes.

"Kes kematian pada hari ini melibatkan sembilan di Selangor, dua di Sabah dan masing-masing satu kes di Kuala Lumpur, Sarawak, Melaka, Kelantan dan Perak.

"Kesemua kes kematian tersebut merupakan warganegara," katanya.

Artikel Berkaitan:

Tambah Dr Noor Hisham, terdapat sebanyak 3,423 kes pulih dilaporkan.

"Jumlah kumulatif kes sembuh adalah 157,722 bersamaan 77.34 peratus," katanya.

Mengulas lanjut mengenai jangkitan wabak itu, beliau berkata, Selangor kekal negeri tertinggi melaporkan kes dengan bilangan 3,126.

"Daripada jumlah ini, sebanyak 2,559 kes adalah daripada kluster dan saringan kontak rapat Covid-19 yang aktif dijalankan di lapangan," katanya.

Menurutnya, Kuala Lumpur merekodkan 687 kes diikuti 684 kes di Johor, Sabah (228), Sarawak (179), Terengganu (137), Kedah (125), Pulau Pinang (99), Kelantan (93), Melaka (75), Perak (73), Negeri Sembilan (69), Pahang (67), Putrajaya (16) Labuan (lima) dan Perlis tiga kes.

Kata Dr Noor Hisham lagi, sebanyak 419 kes yang dilaporkan adalah berkaitan kluster di lokap, depot tahanan imigresen dan penjara.

"Ia membabitkan Kluster Penjara Jalan Harapan (224), Kluster Penjara Jalan Sungai Jelok (116), Kluster Tembok Renggam (45), Kluster Tembok Sungai Udang (16), Kluster Tembok Mempaga (11), Kluster Tembok Taiping (lima), dan Kluster Tembok Bukit Besi dua kes," katanya.

Sementara itu, terdapat 12 kluster baharu yang dikenal pasti pada Jumaat yang melibatkan 10 kluster berkaitan tempat kerja dan dua kluster komuniti.

Kluster tempat kerja adalah Persiaran Subang (Selangor), Perindustrian Indah (Selangor), Tapak Bina Jalan Klang (Kuala Lumpur), Tapak Bina Jalan Vista (Kuala Lumpur), Jalan Kota Burok (Johor), Jalan By Pass (Johor), Jalan Bistari Dua (Johor), Jalan Empayar (Johor), Jalan Rusa Scientex (Johor) dan Jalan Sepanggar (Sabah).

Kluster Tinanom di Sabah dan Tabong di Sarawak dikesan jangkitan komuniti.

"Setakat ini 791 kluster dikenal pasti dan 416 telah tamat manakala 375 masih aktif," katanya.