Harga RON97, RON95 kekal

Penetapan harga itu dibuat secara mingguan menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism (APM).
Penetapan harga itu dibuat secara mingguan menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism (APM).
A
A
A

PUTRAJAYA - Harga runcit RON97 dan RON95 masing-masing kekal pada paras RM2.20 serta RM2.20 seliter sehingga 5 Februari depan.

Kementerian Kewangan dalam kenyataannya berkata, harga runcit diesel turun sebanyak dua sen seliter iaitu daripada RM2.09 kepada RM2.07 seliter bagi tempoh sama.

Penetapan harga itu dibuat secara mingguan menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism (APM).

"Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara," katanya.

Artikel Berkaitan: