Lelaki disimbah asid: Isteri, enam lelaki ditahan

Mohd Said Ibrahim
Mohd Said Ibrahim
A
A
A

SEREMBAN - Isteri kepada seorang lelaki yang meninggal dunia selepas melecur akibat terkena cecair dipercayai asid bersama enam lelaki ditahan bagi membantu siasatan kes berkenaan di Taman Seri Pulai pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd Said Ibrahim berkata, hasil siasatan awal mendapati mangsa yang berusia 43 tahun itu merupakan seorang Cina mualaf dan melecur 30 peratus akibat terkena cecair dipercayai asid.

"Siasatan lanjut telah dijalankan dan beberapa siri tangkapan dibuat melibatkan suspek berumur dari 15 sehingga 41 tahun termasuk isteri mangsa untuk membantu siasatan.

"Mereka direman sehingga 2 Febuari depan," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Pada 23 Januari lalu, polis menerima maklumat mengatakan seorang lelaki Cina mualaf telah disimbah dengan asid di rumahnya dekat Taman Pulai Impian Sikamat dan lelaki itu disahkan meninggal dunia di Hospital Tuanku Jaafar Seremban lebih kurang 11 malam.

Kes diklasifikasi sebagai kes bunuh dan disiasat di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Artikel Berkaitan: