Lelaki rugi RM4,850 ditipu 'ADUN'

Seorang lelaki kerugian RM4,850 selepas ditipu seorang individu yang menyamar sebagai ADUN.
Seorang lelaki kerugian RM4,850 selepas ditipu seorang individu yang menyamar sebagai ADUN.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Seorang lelaki kerugian sebanyak RM4,850 selepas ditipu seorang individu yang menyamar sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pada Rabu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Johor, Asisten Komisioner Mohd Salleh Abdullah berkata, mangsa berusia 55 tahun itu dihubungi suspek menerusi aplikasi WhatsApp bagi mendapatkan pinjaman wang sebanyak RM1,350 konon untuk urusan bantuan komputer kepada sekolah dalam kawasan ADUN tersebut.

"Suspek meminta mangsa untuk memindahkan wang tersebut ke dalam satu akaun bank. Suspek juga berjanji kepada mangsa untuk membayar semula wang tersebut pada sebelah malam.

"Kemudian suspek meminta mangsa membuat pindahan wang berjumlah RM3,500 ke dalam akaun yang sama dan mangsa mengikuti arahan yang diberikan oleh suspek," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Menurut Mohd Salleh, mangsa seterusnya diminta membuat pindahan wang berjumlah RM1,500 namun mangsa tidak mengikut arahan tersebut.

"Mangsa mengesyaki dirinya ditipu kerana suspek tidak dapat dihubungi lagi dan gagal membuat bayaran semula sebagaimana yang telah dijanjikan.

"Mangsa telah mengalami kerugian sebanyak RM 4,850 dan satu laporan polis telah dibuat di Balai Polis Batu Pahat pada Khamis. Kertas siasatan berhubung kes ini telah dibuka di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan," katanya.

Artikel Berkaitan: