AS bentang resolusi baharu desak pilihan raya Venezuela

Pemimpin pembangkang Venezuela, Juan Guaido (tengah) mendakwa 300,000 rakyat negara itu berisiko mati sekiranya bantuan kemanusiaan AS tidak dibawa masuk ke Caracas.
Pemimpin pembangkang Venezuela, Juan Guaido (tengah) mendakwa 300,000 rakyat negara itu berisiko mati sekiranya bantuan kemanusiaan AS tidak dibawa masuk ke Caracas.
A
A
A

NEW YORK - AMERIKA SYARIKAT. Amerika Syarikat (AS) sudah membentangkan draf resolusi mendesak bantuan antarabangsa dihantar ke Venezuela dan mengadakan pilihan raya presiden dengan sekutunya dalam Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC).

Walaupun tiada tarikh ditetapkan lagi untuk mengundi draf dikeluarkan AS itu dan rundingan masih berjalan, Rusia besar kemungkinan akan menggunakan kuasa veto mereka untuk menyekat usaha itu sebagai sokongan kepada rejim Nicolas Maduro, kata diplomat.

Salinan draf itu yang diperolehi AFP semalam, menyatakan 'sokongan penuh kepada Dewan Negara sebagai satu-satunya institusi dipilih secara demokratik di Venezuela.'

Pengerusinya, Juan Guaido mengisytiharkan dirinya sebagai presiden sementara Venezuela, mencabar pentadbiran Maduro.

Draf itu menekankan kebimbangan mendalam tentang keganasan dan penggunaan kuasa melampau oleh pasukan keselamatan Venezuela terhadap penunjuk perasaan tidak bersenjata.

Ia juga menekankan keperluan menghalang situasi kemanusiaan di Venezuela bertambah buruk dan membuka akses dan penghantaran bantuan kepada semua yang memerlukan dalam wilayah Venezuela.

Bantuan kemanusiaan yang dihantar AS sudah tiba di banada Cucuta, Colombia yang bersempadan dengan Venezuela, tetapi Maduro enggan memberikan kebenaran masuk.

Guaido pada Jumaat berkata, beliau bersedia mengambil semua langkah perlu, termasuklah membenarkan campur tangan AS untuk mendesak Maduro berundur dan mengatasi masalah kemanusiaan yang berlaku di negara itu. – AFP

Artikel Berkaitan: