X

Kindly register in order to view this article
!

Tiga maut nahas ngeri dua lori

Bomba berusaha mengeluarkan tiga mangsa yang tersepit dalam nahas di hadapan stesen minyak Petronas di Jalan Kluang-Batu Pahat, Batu Pahat pada Jumaat.
A
A

BATU PAHAT - [DIKEMAS KINI] Seorang pemandu lori tangki dan dua jurutekniknya maut dalam kemalangan ngeri membabitkan sebuah lori dan sebuah lori tangki dalam kejadian di hadapan stesen minyak Petronas di Kilometer 35 Jalan Kluang-Ayer Hitam di sini pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, kemalangan pada jam 6.30 pagi itu melibatkan sebuah lori Hino yang ketika itu diparkir di tepi jalan.

Menurutnya, kemalangan dipercayai berlaku apabila pemandu lori Hino itu berhenti di bahu kiri jalan arah ke Kluang sebelum sebuah lori tangki datang dari arah bertentangan lalu merempuh lori Hino.

"Pemandu lori tangki hilang kawalan lalu masuk ke lorong bertentangan dan merempuh bahagian hadapan lori Hino.

"Kemalangan itu mengakibatkan pemandu lori Hino, Mohamad Azrai Mohamad Rizal, 24, dan dua juruteknik, Sadam Hussin Hamidon, 30, Deli Mustapha, 59, tersepit. Kesemua mereka berasal dari Muar," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Keadaan dua kenderaan yang terlibat dalam nahas negri berkenaan.
Keadaan dua kenderaan yang terlibat dalam nahas negri berkenaan.

Beliau berkata, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Sementara itu, 18 anggota bomba termasuk pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ayer Hitam serta BBP Kluang dengan sebuah jentera Fire Rescue Team (FRT) serta satu Unit Bantuan Perkhidmantan Kecemasan (EMRS) dikejarkan ke tempat kejadian.

Komander Operasi dari BBP Ayer Hitam, Penolong Pegawai Bomba Mohamad Shamin Mohamed Salikin berkata, kemalangan itu mengakibatkan lori Hino tiga tan dengan muatan peralatan bengkel itu terbalik dan dihempap lori tangki.

Mohamad Shamin berkata, anggota bomba mengeluarkan mangsa dengan menggunakan peralatan khas dibantu sebuah kren.

"Semua mangsa tersepit di tempat duduk mereka dan berjaya dikeluarkan dalam tempoh kira-kira dua jam. Ketiga-tiga mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan.

"Semua mangsa yang meninggal dunia diserahkan kepada pihak polis. Pemandu lori tanker berkenaan, Saiful Nizam Mansor, 39, hanya cedera ringan. Operasi tamat pada jam 8.43 pagi," katanya.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!