JDT setuju tandatangani Nathaniel Shio

Alistair Edwards memuat naik gambar yang memaklumkan persetujuan menerima Hong Wan sebagai pemain Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim (JDT).
Alistair Edwards memuat naik gambar yang memaklumkan persetujuan menerima Hong Wan sebagai pemain Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim (JDT).
A
A
A

JOHOR BAHRU - Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim (JDT) bersetuju menandatangani pemain kacukan Malaysia, Nathaniel Shio Hong Wan dari kelab Liga Perdana Inggeris, Wolverhampton Wanderers.

Pengarah Teknikal JDT, Alistair Edwards berkata, perjanjian tersebut bagaimanapun tertakluk kepada kejayaan permohonan kerakyatan Malaysia pemain itu.

"Perjanjian ini tertakluk kepada kejayaan permohonan kerakyatan Malaysia dan akan bermula apabila kontrak semasa beliau tamat pada bulan Jun," katanya ringkas dalam satu kenyataan yang dimuat naik dalam Facebook rasmi kelab itu.

Hong Wan, 21, yang merupakan warga British itu mula bermain bersama kelab Wolverhampton Wanderers sejak 1 Julai 2019.

Pada Disember 2019, pemain posisi tengah itu pernah memaklumkan beliau tidak menolak untuk menyarung jersi negara suatu hari nanti.

Difahamkan, Hong Wan boleh memilih untuk menyarung jersi Harimau Malaya menerusi ibunya yang merupakan seorang warganegara kelahiran Tangkak, Johor.

Beliau yang dilahirkan di Croydon, England pada 17 Ogos 2000 juga layak untuk mewakili negara berkenaan selain China yang merupakan negara kelahiran bapanya.

Artikel Berkaitan: