Rumah bukan lagi tempat berehat sejak pelaksanaan PdPR

Ahmad Fedtri sebagai panelis dalam Wacana Sinar Harian Siri ke-228 yang disiarkan menerusi atas talian di Studio Sinar Harian pada Khamis. - Foto Sinar Harian ASRIL ASWANDI SHUKOR.
Ahmad Fedtri sebagai panelis dalam Wacana Sinar Harian Siri ke-228 yang disiarkan menerusi atas talian di Studio Sinar Harian pada Khamis. - Foto Sinar Harian ASRIL ASWANDI SHUKOR.
A
A
A

SHAH ALAM - Rumah bukan lagi tempat berehat sejak pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) susulan pandemik Covid-19.

Personaliti Televisyen, Ahmad Fedtri Yahya berkata, pelaksanaan PdPR merupakan satu perjuangan kepada ibu bapa terutama bagi mereka yang mempunyai anak ramai.

“Kalaulah ini berterusan, saya membayangkan kepayahan. Ibu bapa kena fokus dengan kehidupan di rumah, pelajaran dan pendidikan.

“Jadi macam-macam. Saya rasa ini satu perjuangan,” katanya ketika menjadi panelis Wacana Sinar Harian Siri ke-228 bertajuk ‘PdPR: Ibu Bapa Pening Kepala, Anak-Anak Jadi Mangsa?’ yang disiarkan menerusi atas talian di Studio Sinar Harian pada Khamis.

Wacana itu turut menampilkan Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) Aminuddin Awang dan Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Seksyen 19, Shah Alam, Datuk Azizi Abd Hamid sebagai panelis, manakala Shahril Sarapudin bertindak sebagai moderator.

Ahmad Fedtri sebagai panelis dalam Wacana Sinar Harian Siri ke-228 yang disiarkan menerusi atas talian di Studio Sinar Harian pada Khamis. - Foto Sinar Harian ASRIL ASWANDI SHUKOR.
Ahmad Fedtri sebagai panelis dalam Wacana Sinar Harian Siri ke-228 yang disiarkan menerusi atas talian di Studio Sinar Harian pada Khamis. - Foto Sinar Harian ASRIL ASWANDI SHUKOR.

Ahmad Fedtri yang mempunyai dua orang anak mengikuti PdPR mengakui anaknya juga tidak boleh fokus terhadap perkara yang dipelajari.

“Ada ketika saya tengok anak saya tertidur di depan 'laptop'. Jam 8 pagi sesi pembelajaran sudah bermula dan bersambung semula selepas itu.

Artikel Berkaitan:

“Kepenatan untuk memberi tumpuan. Belajar benda-benda berat. Mereka kadang-kadang ter 'off' video dan tak dapat memberi tumpuan,” katanya.

Beliau dalam masa yang sama bimbang dengan pelaksanaan PdPR ini akan mengakibatkan generasi pelajar yang ada itu ketinggalan dan terjejas nutrisi mereka.

“Atau menjadi generasi yang terhakis potensi dan motivasi. Sebab untuk belajar perlu ada bersama guru, rakan sosialnya. Untuk membina intelektual motivasi.

“Paling membimbangkan mereka yang kurang berkemampuan terjejas aspek nutrisi dan kesihatan. Kalau dulu ada Rancangan Makanan Tambahan (RMT), kali ini ibu bapa dalam keadaan sukar,” katanya.