X

Kindly register in order to view this article
!

Gempa bumi di Laut Sulawesi mungkin dirasai di Tawau

Gempa bumi lemah berukuran 3.5 pada skala Richter dikesan berlaku di Laut Sulawesi pada 1.42 pagi tadi.
A
A

KUALA LUMPUR - Gempa bumi lemah berukuran 3.5 pada skala Richter dikesan berlaku di Laut Sulawesi pada 1.42 pagi tadi.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan memaklumkan gegaran gempa bumi lemah itu mungkin dirasai di sekitar Tawau, Sabah.

Pusat gempa bumi itu terletak 197 kilometer selatan Semporna, Sabah dan pada kedalaman 141 kilometer.

MetMalaysia akan terus memantau keadaan ini, menurut kenyataan itu. - Bernama


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!