Harimau Malaya masih mencari 'rumah baharu'

Yusof Mahadi
Yusof Mahadi
A
A
A

HANYA kemudahan penginapan atau tempat tinggal yang diperlukan skuad Harimau Malaya sepanjang kem latihan pusat yang bakal diadakan secara kuarantin dalam masa terdekat.

Perkara itu dinyatakan pengurus Harimau Malaya, Datuk Mohd Yusoff Mahadi setelah skuad kendalian Tan Cheng Hoe itu tidak 'berkampung' di Majlis Sukan Negara (MSN), Bukit Jalil sebagaimana yang telah dirancang sebelum ini.

“Setakat ini, venue latihan pasukan kebangsaan tetap akan dibuat di Stadium Nasional, Bukit Jalil. Cuma kami masih perlu mengenal pasti kemudahan latihan iaitu tempat tinggal (penginapan).

“Mungkin di MSN ketika ini terlalu ramai (atlet negara) dan ia dilihat tidak berapa sesuai untuk dijadikan sebagai pusat latihan atau penginapan pasukan kebangsaan.

“Perkara ini sedang dibincangkan oleh pihak sekretariat bersama Tan Cheng Hoe. Sebarang keputusan mengenainya akan diketahui dalam masa terdekat,” katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.

Mohd Yusoff berkata, pihaknya juga perlu memastikan venue penginapan baharu skuad Harimau Malaya nanti harus mendapat persetujuan daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Beliau memberitahu, 'lampu hijau' MKN amat penting bagi memastikan venue penginapan serta latihan skuad Harimau Malaya masih berada dalam gelembung sukan yang digariskan Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

“Dalam perkara ini, kami tidak boleh sesuka hati memilih venue dan lokasi penginapan pasukan kebangsaan.

Artikel Berkaitan:

"Kami perlu merujuk MKN terlebih dulu sebelum mendapat kelulusan,” ujarnya.