Terengganu Inc lancar Hari Integriti secara maya

Hari Integriti 2021 disempurnakan dengan penyerahan buku COBE dan kalendar bertemakan Integriti bagi tahun 2021 oleh wakil Jabatan Pematuhan dan Integriti kepada Presiden dan Pengarah Eksekutif Terengganu Inc di Kuala Terengganu pada Khamis.
- Foto Terengganu Inc
Hari Integriti 2021 disempurnakan dengan penyerahan buku COBE dan kalendar bertemakan Integriti bagi tahun 2021 oleh wakil Jabatan Pematuhan dan Integriti kepada Presiden dan Pengarah Eksekutif Terengganu Inc di Kuala Terengganu pada Khamis. - Foto Terengganu Inc
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Syarikat pegangan pelaburan kerajaan negeri, Terengganu Incorporated Sdn Bhd (Terengganu Inc) melancarkan Hari Integriti 2021 peringkat kumpulan secara maya pada Khamis bagi mengekang penularan Covid-19.

Majlis bertemakan ‘Integriti Budaya Kita’ yang turut disertai warga kerja Terengganu Inc itu julung kali diadakan dengan kerjasama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Terengganu.

Majlis melalui aplikasi zoom itu turut disiarkan secara langsung menerusi Facebook (FB) Live bagi memboleh lebih ramai peserta mengikuti program tersebut.

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, inisiatif mengadakan Hari Integriti secara maya bertepatan dengan usaha kerajaan membendung wabak Covid-19 yang masih membelenggu seluruh rakyat di seluruh negara terutama dalam tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP) 2.0 yang kembali dikuatkuasakan di Terengganu.

Beliau yang juga Pengerusi Terengganu Inc berkata, isu yang menjadi topik utama yang diperkatakan wajar dihayati dan mendapat perhatian semua pihak.

“Rasuah adalah isu kritikal yang bukan sahaja menjadi kesalahan dari segi undang-undang, ia juga merupakan kesalahan sosial dan peradaban yang boleh menjejaskan imej negara di mata umum,” katanya ketika berucap pada sesi siaran langsung yang dipancarkan menerusi FB Live Terengganu Incorporated pada Khamis.

Sementara itu, Presiden dan Pengarah Ekesutif Terengganu Inc, Burhanudin Hilmi Mohamed berkata, Terengganu Inc komited dalam usaha memperkukuhkan integriti, membanteras rasuah, salah guna kuasa, ketirisan perbelanjaan dan kebocoran maklumat sulit dalam mewujudkan persekitaran kerja yang kondusif.

"Polisi-polisi yang dibangunkan Jabatan Pematuhan dan Integriti Kumpulan seperti ‘No Gift Policy’, ‘Code of Business Ethics (COBE)’, ‘Whistle Blowing Policy’, ‘Anti Bribery & Corruption Policy’ dan ‘Sponsorship & Donation Policy’ akan memantapkan pembudayaan amalan integriti dalam kalangan anak-anak syarikat Kumpulan Terengganu Inc," katanya.

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu, Pengarah SPRM Terengganu, Tuan Ruslan Che Amad berkata, usaha dilakukan Terengganu Inc dilihat sebagai satu yang baik dalam membendung rasuah dan memantapkan lagi integriti dalam organisasi ke aras lebih tinggi.

Majlis itu disempurnakan dengan penyerahan buku COBE dan kalendar bertemakan Integriti bagi tahun 2021 oleh wakil Jabatan Pematuhan dan Integriti kepada Presiden dan Pengarah Eksekutif Terengganu Inc.