Covid-19: Satu lagi kes kematian di Sarawak

Sarawak mencatat satu lagi kematian akibat Covid-19.
Sarawak mencatat satu lagi kematian akibat Covid-19.
A
A
A

KUCHING - Sarawak mencatat satu lagi kematian akibat Covid-19 pada Khamis menjadikan jumlah keseluruhan kematian akibat virus berbahaya itu di negeri ini meningkat kepada 35 kes, menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN).

JPBN memaklumkan kes kematian ke-35 merupakan kes ke-2,047 melibatkan seorang wanita warga tempatan berumur 79 tahun yang mendapatkan rawatan di Hospital Sibu pada 13 Januari kerana mengalami simptom demam.

“Ujian saringan Covid-19 yang dilaksanakan di Hospital Sibu juga didapati positif. Keadaan kesihatan kes merosot dan telah meninggal dunia pada 27 Januari,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Sementara itu, pada Khamis terdapat 171 kes positif Covid-19 yang dikesan di Sarawak iaitu di Sibu dengan 77 kes; Miri (43); Dalat (25); Bintulu (12); Kuching (10); Betong (dua); Kapit (satu); dan Lundu (satu) menjadikan jumlah keseluruhan kes positif Covid-19 di Sarawak meningkat kepada 3,945 kes. - Bernama

Artikel Berkaitan: