X

Kindly register in order to view this article
!

Malaysia Airlines bantu Ebit Lew hantar bantuan ke Sabah

Ebit Lew bersama petugas Malaysia Airlines Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada Khamis. - Foto FB Malaysia Airlines
A
A

SHAH ALAM - Syarikat penerbangan negara, Malaysia Airlines tampil membantu pendakwah bebas, Ebit Lew untuk membawa bantuan kemanusiaan kepada mereka yang kurang bernasib baik di Sabah pada Khamis.

Dalam satu kenyataan, Malaysia Airlines memaklumkan, pihaknya menerbangkan seramai 18 orang sukarelawan daripada Pertubuhan Kasih Umat Malaysia di bawah Ebit melalui dua penerbangan ke Tawau, Sabah.

“Sukarelawan ini akan mengedarkan tablet elektronik, kerusi roda, peralatan perubatan dan barang makanan kepada keluarga dan anggota barisan hadapan yang berada di kawasan luar bandar.

“Kami berasa bertuah kerana mereka memilih untuk melakukan perjalanan dengan Malaysia Airlines.

“Kami mengucapkan terima kasih kepada mereka kerana melakukan kerja kebajikan untuk meringankan beban golongan yang memerlukan terutama pada masa sukar ketika ini,” menurut kenyataan di Facebook Malaysia Airlines pada Khamis.

Tangkap layar hantaran di Facebook Malaysia Airlines pada Khamis.
Tangkap layar hantaran di Facebook Malaysia Airlines pada Khamis.

Turut hadir menghantar rombongan tersebut dalam penerbangan Malaysia Airlines MH2660 di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pagi Khamis ialah Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Malaysia Airlines, Kapten Izham Ismail dan Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Malaysia Airlines, Ahmad Luqman Mohd Azmi.

Pada masa sama, Malaysia Airlines memaklumkan bahawa syarikat penerbangan itu melakukan banyak penerbangan penyelamatan, penghantaran balik dan kargo khas untuk pelbagai negara dan organisasi yang memerlukan bagi memastikan rantaian bekalan global dikekalkan sejak bermulanya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Mac tahun lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: 'Walau bukan orang paling kaya...', warga maya kagumi Ebit Lew

Malaysia Airlines is pleased to do its part in supporting entrepreneur and philanthropist, Ebit Lew in bringing...

Posted by Malaysia Airlines on Wednesday, January 27, 2021


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!