PKPD: Kawalan ketat di pintu utama Penjara Marang

Mohd Zain (tengah) turun padang membuat tinjauan kawalan ketat di pintu utama keluar masuk di Penjara Marang, Marang pada Khamis.
Mohd Zain (tengah) turun padang membuat tinjauan kawalan ketat di pintu utama keluar masuk di Penjara Marang, Marang pada Khamis.
A
A
A

MARANG - Kawalan ketat di pintu utama keluar masuk Penjara Marang di sini bermula jam 12.01 tengah malam pada Khamis susulan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Khamis.

Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintendan Mohd Zain Mat Dris berkata, kawalan 24 jam di lokasi dengan kekuatan 38 anggota yang bertugas termasuk anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) akan dilaksanakan sehingga tempoh PKPD tamat.

"Dalam tempoh ini kita hanya membenarkan petugas-petugas tertentu sahaja yang boleh memasuki kawasan ini sebagai contohnya petugas membawa bekalan makanan, keperluan perubatan dan berkaitan sahaja.

"Bagi kakitangan pula, walaupun masing-masing memiliki pas kerja tetapi hanya mereka yang bertugas pada hari berkenaan sahaja dibenarkan berurusan," katanya kepada pemberita ketika ditemui di perkarangan Penjara Marang di sini pada Khamis.

Pada Rabu lalu, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan dua lokaliti di Terengganu dikenakan PKPD secara serentak selama tempoh 14 hari bermula Khamis.

Lokasi tersebut di Pusat Transit Tahanan (PTP) Blok Latihan Pegawai Zon 2 dan Zon 3 di Penjara Marang dan Pusat Koreksional Dungun serta kuarters kakitangan.

Sementara itu, tinjauan Sinar Harian di sekitar kawasan pintu utama keluar masuk ke Penjara Marang mendapati keadaan agak tenang dan hanya sesekali kenderaan keluar masuk di laluan berkenaan.

Artikel Berkaitan: