MPS kutip RM292,500 caj beg plastik

MPS mensyaratkan syarikat yang membuat kutipan caj 20 sen untuk mendaftar di bawah Program Kutipan Caj Beg Plastik. - Foto 123rf
MPS mensyaratkan syarikat yang membuat kutipan caj 20 sen untuk mendaftar di bawah Program Kutipan Caj Beg Plastik. - Foto 123rf
A
A
A

KUALA LUMPUR - Majlis Perbandaran Selayang (MPS) mengutip sebanyak RM292,500 bagi Program Kutipan Caj Beg Plastik tahun lalu.

Yang Dipertua MPS, Shamsul Shahril Badliza Mohd Noor berkata, serahan kepada kerajaan negeri ialah sebanyak RM175,508 merangkumi 60 peratus daripada jumlah itu.

Menurutnya, ia selaras dengan Pekeliling Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Seksyen Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) berhubung pemakaian garis panduan pentadbiran Program Kutipan Caj Beg Plastik di Selangor.

"Caj kutipan beg plastik yang dikenakan oleh premis perniagaan terlibat akan diserahkan kepada PBT.

"Sebanyak 60 peratus daripada jumlah kutipan itu akan disalurkan kepada Akaun Tabung Amanah Kerajaan Negeri Selangor dan 40 peratus ke akaun tabung amanah yang ditetapkan oleh PBT untuk kegunaan program berkaitan alam sekitar," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Katanya, MPS mensyaratkan syarikat yang membuat kutipan caj 20 sen untuk mendaftar di bawah Program Kutipan Caj Beg Plastik dan borang pendaftaran boleh didapati didapati di laman sesawang MPS.

Artikel Berkaitan: