Cadang kastam Malaysia-Singapura kembali beroperasi 24 jam

Kesesakan luar biasa berlaku di kawasan sempadan Malaysia-Singapura sejak beberapa hari lalu hingga mengakibatkan pemandu dan kalendan lori terpaksa menunggu selama beberapa jam.
Kesesakan luar biasa berlaku di kawasan sempadan Malaysia-Singapura sejak beberapa hari lalu hingga mengakibatkan pemandu dan kalendan lori terpaksa menunggu selama beberapa jam.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Persatuan Operasi Lori Johor mencadangkan kastam Malaysia dan Singapura di sempadan kembali beroperasi 24 jam bagi melancarkan urusan keluar masuk di kedua-dua negara.

Pengerusinya, Novan Hing berkata, ini kerana kesesakan sudah mula berlaku di pintu sempadan Malaysia-Singapura sejak tiga hari lalu dan dijangka berterusan sehingga Tahun Baharu Cina.

Katanya, ketibaan Tahun Baharu Cina akan menyebabkan peningkatan jumlah kemasukan lori menghantar barang ke republik itu.

Pada masa ini katanya, kaunter kastam Malaysia dan Singapura hanya beroperasi dari jam 7 pagi hingga 7 malam.

"Kita harap kerajaan kedua-dua negara dapat mempertimbangkan untuk beroperasi kembali 24 jam sehari. Jika semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang pertama dan semasa bulan puasa tahun lalu didapati aliran trafik rendah.

"Bagaimanapun selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tamat tahun lalu aliran trafik lori telah meningkat kepada lebih 4,000 lori sehari," katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini pada Khamis.

Novan Hing
Novan Hing

Beliau mengulas keluhan pemandu lori tidak berpuas hati terhadap kesesakan teruk di Tambak Johor dan Lebuhraya Linkedua yang didakwa selepas pelaksanaan Ujian Rapid Antigen (ART) oleh pihak berkuasa Singapura bermula Jumaat lalu.

Artikel Berkaitan:

Kerajaan Singapura mewajibkan ART di kedua-dua pintu masuk darat itu bertujuan mengurangkan risiko kes import Covid-19.

Foto kesesakan di pintu sempadan membabitkan lori dan treler berbaris panjang tular dalam media sosial sejak beberapa hari lalu.

Novan berkata, pelaksaan ART ke atas pemandu dan kelindan lori di pusat pemeriksaan Tuas dan Woodland, Singapura bukan penyebab utama kesesakan berkenaan.

"Saya sudah melihat prosedur operasi standard (SOP) untuk ART dan mendapati tidak mempunyai signifikan dalam mengambil masa yang lama kepada pemandu berbanding ketibaan musim perayaan dan masalah sistem," ujarnya.

Pemandu lori juga katanya, disaran melakukan persiapan awal memuat turun aplikasi Track Together yang diminta pihak Singapura bagi mengelak kesesakan, fungsinya sama seperti aplikasi MySejahtera di Malaysia.

Ditambah apabila berlaku masalah 'offline' sistem pelepasan dan scan di pintu sempadan sudah tentu memburukkan lagi keadaan kesesakan sehingga memaksa pemandu lori terpaksa menunggu antara enam hingga 10 jam.

ARTIKEL BERKAITAN: ART tidak jejas penghantaran barang ke Singapura