Jabatan Penerangan Negeri Sembilan giat kempen IOW

Shahnon (tengah) ketika turun padang melakukan IOW berkaitan Covid-19 di pekan Bahau.
Shahnon (tengah) ketika turun padang melakukan IOW berkaitan Covid-19 di pekan Bahau.
A
A
A

JEMPOL- Jabatan Penerangan Negeri Sembilan terus mempergiatkan kempen program ‘Info On Wheels’ (IOW) dalam menyalurkan maklumat berhubung situasi terkini berkaitan Covid-19 di negeri ini.

Pengarahnya,Shahnon Mohamad berkata, setiap Pejabat Penerangan daerah akan melakukan program IOW sekurang-kurangnya lapan ke 10 kali hebahan dalam sebulan menerusi unit bergeraknya dan turut dibantu oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM).

"Program ini dilaksanakan secara berterusan sejak tahun lalu yang menyasarkan kawasan tumpuan umum selain bandar, pasar raya, pekan-pekan, ladang dan juga perkampungan.

"Selain maklumat berhubung Covid-19 kita turut menjelaskan maksud proklamasi darurat selain prosedur operasi standard (SOP) ketika berada di tempat-tempat awam dan tindakan yang perlu diambil jika terdapat ahli keluarga yang disahkan positif Covid-19," katanya pada Sinar Harian pada Khamis selepas tamat program IOW di sekitar Bahau.

Shahnon
Shahnon

Mengulas lanjut, Shahnon berkata, program IOW merupakan sebahagian daripada tindakan bersepadu yang dibawa oleh kerajaan dengan penglibatan agensi-agensi lain.

"Setakat ini kebanyakan rakyat negeri ini faham dan mempunyai kesedaran berhubung wabak Covid-19 serta tujuan kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), namun ada segelintirnya masih tidak peka.

"Pada pandangan saya, ada kes-kes terpencil seperti di kawasan-kawasan yang berada jauh dari bandar ataupun pekan,mereka ini beranggapan tidak ada penguatkuasaan dilakukan maka SOP itu diambil ringan," katanya.

Artikel Berkaitan:

Jelasnya, pihaknya optimis untuk menyampaikan maklumat berkaitan Covid-19 dan isu-isu semasa supaya masyarakat lebih peka sekaligus memutuskan rantaian Covid-19 di negara ini.

Shahnon turut membuat edaran risalah berhubung Covid-19 di sekitar pekan Bahau.
Shahnon turut membuat edaran risalah berhubung Covid-19 di sekitar pekan Bahau.

Sementara itu, Pegawai Penerangan daerah Jempol, Noorezrin Mahmod berkata, kerjasama daripada pemimpin komuniti setempat amat diperlukan dalam situasi negara yang sedang 'berperang' dengan wabak Covid-19.

" Mereka ini lebih dekat dengan komuniti mereka sendiri, mungkin dengan cara penyampaian maklumat itu lebih mudah untuk diterima," katanya.