Pesuruhjaya Pas Terengganu pulih Covid-19

Senator Datuk Husain Awang
Senator Datuk Husain Awang
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Pesuruhjaya Pas Terengganu, Senator Datuk Husain Awang telah pulih daripada Covid-19 dan dibenarkan pulang ke kediamannya pada Khamis selepas menjalani rawatan di Hospital Setiu.

Menurutnya, tahap kesihatannya juga tidak mengalami sebarang gangguan malah beliau juga tidak mengalami sebarang gejala sejak kali pertama melakukan ujian calitan Covid-19 pada 18 Januari lalu.

"Alhamdulillah, saya dalam perjalanan untuk pulang ke rumah selepas dibenarkan keluar hospital hari ini.

"Tahap kesihatan saya seperti biasa, saya tiada alami sebarang gejala seperti selesema atau batuk atau gangguan pada deria rasa dan bau," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Khamis.

Mengulas lanjut, Husain berkata, sepanjang dirawat di hospital beliau juga tidak mengalami masalah selera makan.

"Selera makan macam biasa sebab sejak awal saya tidak mempunyai sebarang gejala melainkan hanya disahkan positif Covid-19," katanya.

Terdahulu, beliau disahkan positif Covid-19 pada 23 Januari lalu.

Setiausaha Perhubungan Pas negeri, Muhyidin Abdul Rashid dalam satu kenyataan berkata, Husain dalam keadaan sihat tanpa sebarang gejala dan ditempatkan di Hospital Setiu untuk rawatan.

Artikel Berkaitan: