Budak dibunuh kejam di Arab Saudi

Mangsa dibunuh kejam di hadapan ibunya.
Mangsa dibunuh kejam di hadapan ibunya.
A
A
A

MADINAH - ARAB SAUDI. Seorang kanak-kanak lelaki dibunuh kejam tanpa belas kasihan ketika menziarah Madinah bersama ibunya.

Menurut beberapa laporan yang menjadi tular di media sosial, pembunuhan Zakariya Bader al-Jabir dipercayai berusia enam tahun itu dilakukan seorang pemandu teksi di hadapan ibunya.

Kanak-kanak tersebut bersama ibunya dilaporkan menaiki teksi ketika dalam perjalanan ke Masjid Nabawi.

Pemandu teksi terbabit memaksa mangsa keluar dari teksi berhampiran sebuah kafe di kawasan kejiranan al-Tilal.

"Dia kemudiannya memecahkan botol dan mengelar leher budak itu sebelum menikamnya. Seorang anggota polis yang berada di lokasi kejadian juga cuba untuk menghalang lelaki terbabit, namun gagal," jelas laporan itu lagi.

Difahamkan, motif serangan masih tidak diketahui dan tiada butiran tentang pembunuhan itu diberikan yang mana ada laporan mendakwa pemandu teksi itu dipercayai mengalami masalah mental. - Press TV

Artikel Berkaitan: