X

Kindly register in order to view this article
!

MB Perak kesal peniaga halang ‘frontliner’ beli barang

Saarani (dua dari kanan) ditemani Mior Faridalathrash (kanan) melawat anggota yang bertugas di SJR Tol Changkat Jering, Taiping.
A
A

TAIPING - [DIKEMASKINI] Menteri Besar Perak, Datuk Saarani Mohamad mendedahkan ada peniaga yang menghalang petugas barisan hadapan memasuki premis mereka dengan meletakkan poster 'larangan masuk'.

Menurutnya, tindakan tidak bertanggungjawab itu memberi persepsi buruk kepada mereka yang menggalas tanggungjawab menjaga negara.

“Ada beberapa kedai yang dilaporkan meletakkan poster tidak membenarkan kakitangan Kemta (Pusat Koreksional Kamunting) untuk membeli barang.

Notis yang diletakkan di pintu masuk dipercayai melarang anggota barisan hadapan masuk ke premis di Taiping. - Foto ihsan pembaca
Notis yang diletakkan di pintu masuk dipercayai melarang anggota barisan hadapan masuk ke premis di Taiping. - Foto ihsan pembaca

“Tindakan itu merupakan satu hukuman, penghinaan kepada mereka yang tidak bersalah kerana yang datang bukanlah yang positif, yang positif adalah mereka yang berada di dalam penjara,” katanya dalam sidang akhbar ketika melawat sekatan jalan raya (SJR) Tol Changkat Jering di sini pada Khamis.

Saarani (kiri) menerima makluman daripada anggota bertugas.
Saarani (kiri) menerima makluman daripada anggota bertugas.

Hadir sama, Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid.

Saarani berkata, terdapat kecenderungan ketakutan sehingga sanggup menghalang kakitangan terbabit memasuki premis.

“Ini tidak adil. Saya minta semua orang terutama warga Taiping jangan beri persepsi salah kepada petugas barisan hadapan termasuk yang bertugas sebagai warden penjara, petugas pusat kuarantin termasuk di Kemta kerana itu adalah cara yang salah.

"Kita menjatuhkan moral orang yang bertugas untuk kebaikan kita.

“Sudah tentu mereka pun malu apabila dicop sebagai orang yang tidak dialu-alukan sedangkan ada barang keperluan yang perlu dibeli, berbaris beli makanan untuk anak, isteri. Kalau kena kepada kita sendiri, apa perasaan kita,” katanya.

Saarani dalam sidang akhbar di SJR Tol Changkat Jering.
Saarani dalam sidang akhbar di SJR Tol Changkat Jering.

Justeru, Saarani mengingatkan masyarakat untuk menghormati, menghargai dan berterima kasih kepada anggota barisan hadapan.

Saarani turut mengingatkan semua Exco dan wakil rakyat supaya menunjukkan teladan yang baik dalam mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

“Tiada lagi swafoto ketika turun padang bertemu rakyat, patuhi SOP. Begitu juga ketua jabatan perlu menunjukkan tauladan baik kepada semua,” katanya.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!