X

Kindly register in order to view this article
!

Nelayan tempatan didakwa jadi mata-mata sindiket

Pemeriksaan dijalankan Maritim Perak ke atas sebuah kapal tangki yang dikesan berlabuh tanpa kebenaran pada kedudukan 4.4 batu nautika Selatan Pulau Buloh.
A
A

LUMUT - Menggunakan bot nelayan tempatan sebagai perisik antara taktik terbaru digunakan sindiket penyeludupan migran ke negara ini.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) Perak, Kepten Maritim Shahrizan Raman berkata, trend terkini itu dikesan sewaktu penguatkuasaan Op Benteng dijalankan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bermula tahun lalu.

Menurutnya, modus operandi kemasukan pendatang asing tanpa izin (Pati) kebiasaannya didalangi tekong bot dari negara jiran dan mereka akan berurusan dengan tekong darat bagi menguruskan urusan keluar masuk melalui perairan sempadan Malaysia.

Kepten Maritim Shahrizan Raman
Kepten Maritim Shahrizan Raman

"Pelaksanaan PKP memberi impak kepada perubahan modus operandi sindiket ini menjalankan aktiviti jenayah di perairan.

"Kita dapati ada bot nelayan tempatan di kawasan Pulau Jarak serta kawasan sempadan yang hampir dengan perairan Indonesia menjadi mata-mata kepada mereka yang ingin melakukan penyeludupan mahupun migran ini.

"Hasil risikan, jumlah kemasukan Pati ke negara ini dianggarkan lima ke tujuh orang pada satu-satu masa," katanya kepada pemberita sempena pengenalan aset baru Maritim dan rondaan penguatkuasaan di perairan Perak di sini pada Rabu.

Maritim Perak membuat pemeriksaan ke atas sebuah kapal tangki yang dikesan berlabuh tanpa kebenaran pada kedudukan 4.4 batu nautika Selatan Pulau Buloh.
Maritim Perak membuat pemeriksaan ke atas sebuah kapal tangki yang dikesan berlabuh tanpa kebenaran pada kedudukan 4.4 batu nautika Selatan Pulau Buloh.

Beliau berkata, pelaksanaan Op Benteng di bawah National Task Force (NTF) berjaya mengurangkan aktiviti penyeludupan berkenaan dengan kawalan proaktif di sempadan perairan dan kehadiran aset rondaan daripada pelbagai agensi.

Katanya, sepanjang tahun lalu Maritim Perak telah membuat tangkapan ke atas 62 bot nelayan tempatan dan mengusir 107 bot nelayan asing dari perairan Malaysia.

"Rata-rata lokasi pengusiran ini adalah di sekitar kawasan tuntutan bertindih atau Unresolved Maritime Boundaries.

"Kehadiran aset penguatkuasaan di kawasan hot spot ini dilihat dapat membendung kemasukan bot nelayan asing yang dikhuatiri pembawa pandemik Covid-19," katanya.

Dalam perkembangan sama, Shahrizan yakin, penambahan dua bot baru iaitu bot pemintas Benteng 1206 dan bot peronda Perkasa 1223 akan memantapkan lagi operasi pasukan itu dalam menjaga keselamatan perairan negara.

Maritim Perak membuat pemeriksaan ke atas sebuah kapal tangki yang dikesan berlabuh tanpa kebenaran pada kedudukan 4.4 batu nautika Selatan Pulau Buloh.
Maritim Perak membuat pemeriksaan ke atas sebuah kapal tangki yang dikesan berlabuh tanpa kebenaran pada kedudukan 4.4 batu nautika Selatan Pulau Buloh.

Menurutnya, Benteng 1206 boleh mencapai hala laju maksimum sehingga 60 knot membolehkan mereka sampai kepada lokasi sasaran yang mencurigakan di sempadan perairan dalam tempoh yang singkat iaitu kurang 60 minit.

Manakala bot Perkasa 1223 dilengkapi kabin, mampu kekal di laut selama 24 jam bagi mengoperasikan setiap operasi di laut dengan berkesan terutama kawasan pesisiran pantai.

"Kemudahan dua bot baru ini memang diperlukan Maritim Perak kerana mengikut rekod kita, kejadian-kejadian melibatkan bot nelayan Indonesia dan gangguan penguatkuasaan asing ada berlaku di perairan sempadan kita.

"Kali terakhir kita menerima aset baru pada 2010 lalu, penambahan ini menjadikan keseluruhan 13 bot dimiliki Maritim Perak," katanya.

Operasi mencari dan menyelamat dijalankan Maritim Perak ke atas seorang awak-awak warga Myanmar yang dilaporkan hilang di Pulau Talang, Lumut.
Operasi mencari dan menyelamat dijalankan Maritim Perak ke atas seorang awak-awak warga Myanmar yang dilaporkan hilang di Pulau Talang, Lumut.

Rondaan penguatkuasaan yang disertai 10 pengamal media pelbagai agensi itu menunjukkan operasi Maritim Perak ke atas sebuah kapal tangki yang ditahan selepas didapati berlabuh tanpa kebenaran pada kedudukan 4.4 batu nautika Selatan Pulau Buloh pada 23 Januari lalu.

Media turut dibawa menyaksikan operasi mencari dan menyelamat seorang awak-awak warga Myanmar yang dilaporkan hilang di Pulau Talang, Lumut selepas bot dinaiki mangsa berlanggar dengan sebuah bot tongkang pasir pada Selasa lepas.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!