Tidak mustahil PRU15 berlaku sebelum 1 Ogos: Annuar

Annuar Musa
Annuar Musa
A
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMASKINI] Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) tidak mustahil akan berlaku sebelum 1 Ogos ini atau 60 hari selepasnya, kata bekas Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Tan Sri Annuar Musa.

Beliau yang merupakan Ahli Parlimen Ketereh sehubungan itu berkata, adalah penting untuk ahli UMNO bagi memastikan parti itu menang pada pilihan raya umum berkenaan.

'Tidak mustahil PRU15 boleh berlaku sebelum 1 Ogos atau 60 hari selepasnya.

Justeru, yang paling utama bagi kita ahli UMNO ialah memastikan parti memenangi pilihan raya umum itu, atau sekurang-kurangnya UMNO adalah 'part of the winning team'

(sebahagian daripada pasukan yang menang)," katanya menerusi Facebook beliau pada Khamis.

Sementara itu, Annuar berkata, sudah menjadi tanggungjawab para nakhoda UMNO untuk mengemudi parti ke arah kejayaan dan bukan ke arah untuk menghancurkan.

"Sementara para juragan terus mendayung, bekerja kuat sepasukan membawa parti ke destinasinya. Jangan sombong, bongkak, hasad dan jangan pepat di luar rencong di dalam serta jangan depan lain, belakang lain.

"Berkata benar, berterus terang serta sabar bila difitnah. Insya-ALLAH kebenaran dan kemenangan menanti di hadapan. Yang penting UMNO selamat, kekal diyakini dan disayangi rakyat," katanya.

Artikel Berkaitan:

Tidak mustahil PRU15 boleh berlaku sebelum 1ogos atau 60 hari selepasnya. Justeru yg paling utama bagi kita ahli UMNO...

Posted by Tan Sri Annuar Musa on Wednesday, January 27, 2021