KWP bakal laksana urban farming bantu gelandangan kota

Penyediaan kubik di dalam dewan untuk pengasingan gelandangan yang telah diselamatkan. foto: FB DBKL.
Penyediaan kubik di dalam dewan untuk pengasingan gelandangan yang telah diselamatkan. foto: FB DBKL.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) bercadang melaksanakan projek pertanian bandar (urban farming) secara fertigasi untuk golongan gelandangan yang diselamatkan semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0.

Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa berkata, projek itu akan dijalankan berdekatan dengan penempatan khusus gelandangan.

Menurutnya, gelandangan yang sihat akan ditempatkan di penempatan khusus itu untuk mereka turut serta dalam projek berkenaan.

"Saya sedang menyediakan penempatan khusus kepada gelandangan yang produktif. Mereka akan dipindahkan dari Pusat Sementara Gelandangan (PSG) ke tempat tinggal separuh kekal.

"Berhampiran lokasi itu, saya akan mewujudkan satu ladang dengan kerjasama satu pihak badan bukan kerajaan (NGO)," katanya pada sesi siaran langsung di Facebook beliau pada Rabu.

Katanya, projek tersebut akan dilaksanakan dalam masa terdekat di kawasan yang telah di kenal pasti.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Mahadi Che Ngah sewaktu meninjau PSG Setiawangsa. Foto: FB DBKL
Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Mahadi Che Ngah sewaktu meninjau PSG Setiawangsa. Foto: FB DBKL

Sementara itu katanya, mana-mana majikan yang memerlukan tenaga kerja seperti program gelandangan semasa PKP lalu akan diteruskan.

Artikel Berkaitan:

"Usaha menyelamatkan gelandangan akan diteruskan dan sumbangan daripada orang ramai dan NGO masih boleh diteruskan.

"NGO boleh bekerjasama bersama KWP untuk program gelandangan termasuk bantuan makanan sama ada di bawa PSG yang di buka di dewan Sentul, Setiawangsa ataupun di Anjung Singgah," katanya.

Setakat ini hampir 200 gelandangan telah diselamatkan dan ditempatkan di PSG bagi PKP 2.0.

PSG dibuka di Pusat Komuniti Setiawangsa bagi menempatkan gelandangan yang diselamatkan semasa PKP 2.0. Foto: FB DBKL
PSG dibuka di Pusat Komuniti Setiawangsa bagi menempatkan gelandangan yang diselamatkan semasa PKP 2.0. Foto: FB DBKL

Annuar memaklumkan daripada jumlah tersebut, tujuh daripadanya didapati positif Covid-19 hasil ujian saringan yang dijalankan dan telah diberikan rawatan selanjutnya.

"Semua gelandangan yang diselamatkan telah disaring secara wajib.

" Operasi ini akan diteruskan, gelandangan yang diselamatkan akan dibantu termasuk diberikan kaunseling, saringan kesihatan dan diberikan pekerjaan bagi gelandangan produktif, " katanya.