5.4 juta pencarum KWSP pilih pemotongan sembilan peratus

Pejabat KWSP
Pejabat KWSP
A
A
A

SHAH ALAM - Lebih lima juta pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) memilih untuk mengurangkan caruman bulanan mereka kepada sembilan peratus bermula Januari ini.

Menurut laporan The Star, sumber daripada KWSP berkata, pihaknya turut menerima sebanyak 2.1 juta permohonan daripada pencarum yang mahu mengekalkan kadar penuh pemotongan bulanan mereka.

“Permohonan telah dibuat pencarum melalui majikan dengan mengisi Borang KWSP 17A (Khas 2021).

“Berdasarkan permintaan tersebut, terdapat 5.4 juta pemohon yang memilih untuk tidak menyumbang 11 peratus penuh," katanya pada Khamis.

Pada 28 November lalu, KWSP dalam satu kenyataan mengumumkan kadar caruman berkanun syer pekerja akan dikurangkan daripada 11 peratus kepada sembilan peratus bagi tahun 2021.

Menurut kenyataan tersebut, kadar baharu itu berkuat kuasa bagi tempoh satu tahun dan merangkumi upah pekerja bulan Januari 2021 (caruman Februari 2021) sehingga bulan Disember 2021 (caruman Januari 2022).

Pengurangan kadar caruman minimum KWSP itu merupakan antara langkah yang diumumkan Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dalam Belanjawan 2021 bagi meningkatkan pendapatan boleh guna rakyat.

Artikel Berkaitan: