X

Kindly register in order to view this article
!

UiTM beri lanjutan pengecualian sewaan ruang niaga berjumlah RM2.74 juta

UiTM beri lanjutan pengecualian sewa ruang niaga selama enam bulan.
A
A

SHAH ALAM – Universiti Teknologi MARA (UiTM) memberi lanjutan pengecualian sewaan ruang niaga selama enam bulan berjumlah RM2.74 juta di semua premis termasuk cawangan kampus universiti itu di seluruh negara.

Naib Canselornya, Prof Emeritus Datuk Dr Ir Mohd Azraai Kassim berkata, pengecualian itu antara inisiatif UiTM Prihatin dengan melibatkan 718 penyewa dalam membayar sewaan bermula 1 Oktober tahun lalu sehingga 30 Mac depan berdasarkan syarat ditetapkan pihak universiti.

“Inisiatif khas ini diberikan secara automatik kepada peniaga bagi mengurangkan beban mereka yang terkesan dengan wabak Covid-19.

“Selain itu, inisiatif dan insentif khas ini juga selari dengan saranan Kementerian Pengajian Tinggi supaya institut pengajian tinggi (IPT) memahami kesulitan dan kekangan yang dihadapi golongan yang terkesan akibat Covid-19,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Sementara itu, Mohd Azraai berkata, walaupun ia memberi kesan kepada pendapatan UiTM namun langkah itu merupakan insentif tambahan dan kali kedua dilaksanakan pihaknya.

“Pengecualian pertama turut diberikan selama enam bulan sebelum ini bermula April hingga September tahun lalu.

“Pengurusan tertinggi universiti memahami ramai peniaga terjejas kerana majoriti penuntut tidak berada di kampus dan belajar secara dalam talian di rumah,” katanya.

Tambah beliau, pihaknya berharap pengecualian tambahan itu mampu memberi kelegaan kepada penyewa premis dan membantu mereka untuk membuat perancangan semula perniagaan yang terjejas dengan sewajarnya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!