Kesebelasan Tuchel berjaya ikat Wolves

Thomas Tuchel
Thomas Tuchel
A
A
A

PENGENDALI baharu Chelsea, Thomas Tuchel melakukan kejutan apabila menurunkan ‘kesebelasan’ utama yang berbeza bagi aksi berdepan Wolves di Stamford Bridge, awal pagi Khamis lalu.

Jika sebelum ini pemain seperti Timo Werner, Christian Pulisic dan Mason Mount sering membarisi kesebelasan utama The Blues, Tuhcel kali ini memilih untuk menurunkan Callum Hudson-Odoi, Kai Havertz dan gandingan Hakim Ziyech bersama Olivier Giroud di jentera serangan dalam kesebelasan utama.

Bagaimanapun, kesebelasan berkenaan dilihat masih mampu beraksi baik biarpun hanya sekadar terikat 1-1 dengan pelawat pada perlawanan berkenaan.

“Kesebelasan yang saya turunkan kali ni adalah gabungan pemain muda dan pemain berpengalaman, lagi pun saya memang tidak dapat membuat pilihan hanya berdasarkan sekali sesi latihan pasukan.

“Mungkin juga barisan pemain yang saya turunkan dilihat sebagai pilihan yang ‘tidak adil’ tetapi dengan tempoh 48 jam, 72 jam, ia terpaksa dilakukan.

“Lagi pun ia bukannya mudah (memilih pemain) kerana kita ada gabungan pemain muda yang baik bersama dengan pemain-pemain yang berpengalaman,” katanya.

Keputusan berkenaan menyaksikan Chelsea kini berada pada kedudukan ke lapan EPL dengan 30 mata hasil lapan kemenangan seri dan tewas enam kali daripada 20 perlawanan setakat ini.

Justeru, Tuchel yang memulakan tugas selaku pengendali Chelsea bagi menggantikan Frank Lampard berharap mampu menyediakan skuad terbaik menjelang aksi berdepan Burnley awal pagi Ahad nanti sebelum berdepan Tottenham Hotspur di gelanggan lawan pada 4 Februari.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu Tuchel berharap dapat mengemudi skuad The Blues itu menerusi corak menyerang sebagaimana yang dipraktikkannya ketika mengendalikan Paris St Germain (PSG), sebelum ini.

“Saya berharap pemain akan dapat mengadaptasi corak permainan sebegini di mana mereka akan beraksi dengan lebih berani selepas ini.

“Ini kerana kita bermain untuk mencipta peluang dan seterusnya menjaringkan gol; untuk itu kita memerlukan mentaliti kemenangan,” katanya.