'Runner' penyelamat peniaga makanan

'Runner' menjadi hero kepada peniaga makanan apabila perkhidmatan itu menjadi alternatif terbaik dalam meneruskan kelangsungan hidup kesan serangan pandemik Covid-19 dan perlaksanaan PKP 2.0.
'Runner' menjadi hero kepada peniaga makanan apabila perkhidmatan itu menjadi alternatif terbaik dalam meneruskan kelangsungan hidup kesan serangan pandemik Covid-19 dan perlaksanaan PKP 2.0.
A
A
A

PASIR MAS - 'Runner' menjadi hero kepada peniaga makanan apabila perkhidmatan itu menjadi alternatif terbaik untuk mereka meneruskan kelangsungan hidup kesan serangan pandemik Covid-19 dan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Pemilihan khidmat 'runner' dilihat tepat dan mudah bagi melancarkan lagi penghantaran makanan secara terus kepada pelanggan yang membuat pembelian secara dalam talian.

Perkara itu diakui oleh syarikat OdaMakan yang memulakan perkhidmatan di negeri ini sejak dua tahun lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif OdaMakan, Ir Dr Mustafa Salleh berkata, setiap hari pihaknya menerima 30 permohonan baharu daripada peniaga makanan yang berminat untuk mendapatkan khidmat syarikat itu.

"Pertambahan permohonan ini telah membuka dimensi baharu kepada pihak kami dan secara tidak langsung turut membantu meningkatkan lagi 'kantung' kewangan 'runner'," katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.

Pelaksanaan PKP 2.0 menjadikan penghantar makanan antara golongan yang sibuk bertugas.
Pelaksanaan PKP 2.0 menjadikan penghantar makanan antara golongan yang sibuk bertugas.

Menurutnya, ia sekali gus membuktikan jenama tempatan semakin mendapat tempat dalam kalangan peniaga makanan untuk merancakkan lagi perniagaan mereka.

Katanya, sebelum ini masyarakat lebih terdedah kepada jenama antarabangsa.

Artikel Berkaitan:

"Bagaimanapun, sejak OdaMakan beroperasi saya lihat mereka sudah mula selesa untuk mendapatkan khidmat kami malah ia memberi lebih banyak pilihan kepada peniaga dan pengguna," katanya.

Mustafa berkata, sehingga kini OdaMakan mempunyai 600 'runner' yang aktif dalam kerja-kerja menghantar makanan.

Sementara itu, peniaga makanan, Kamaruzaman Hussin berkata, perkhidmatan runner amat membantu merancakkan perniagaan yang terkesan disebabkan PKP 2.0.

Kamaruzaman memberitahu, kebanyakan pelanggan bimbang untuk keluar membeli makanan dan situasi itu menjadikan perkhidmatan penghantaran makanan sebagai penyelamat.