Motosikal terbabas, 'rider' wanita maut kemalangan

Mangsa maut di lokasi dalam kejadian di Lebuhraya Damansara-Puchong, Subang Jaya, pada Rabu.
Mangsa maut di lokasi dalam kejadian di Lebuhraya Damansara-Puchong, Subang Jaya, pada Rabu.
A
A
A

SUBANG JAYA - Seorang pekerja penghantar makanan maut selepas motosikal ditunggangnya terbabas dan merempuh pembahagi jalan di Kilometer S1.4 Lebuhraya Damansara-Puchong, di sini, pada Rabu.

Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang itu, pekerja wanita dikenali sebagai Wong Lai Yie, 30, itu maut di lokasi kejadian.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor, Superintendan Azman Shariat berkata, siasatan awal mendapati mangsa yang menunggang motosikal jenis YZF-R15 terpelanting sejauh kira-kira 19 meter selepas disyaki melanggar pembahagi jalan.

"Siasatan di lokasi kejadian tidak menemui kesan brek motosikal ditunggang mangsa. Dia yang parah disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Beliau berkata, mayat mangsa dibawa ke Hospital Serdang untuk bedah siasat.

Katanya, siasatan lanjut masih dijalankan untuk mengesan jika kemalangan melibatkan kenderaan lain.

"Polis meminta saksi kejadian untuk tampil menyalurkan maklumat dengan menghubungi pegawai penyiasat kes, Inspektor K Ratnacristinavany di talian 017-9074893," katanya.

Kes diklasifikasi di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Artikel Berkaitan: