Tiga suspek pecah rumah diberkas

Hantaran di Facebook Penduduk Kuala Kedah pada 27 Januari lepas. Gambar kecil: Ahmad Shukri Mat Akhir
Hantaran di Facebook Penduduk Kuala Kedah pada 27 Januari lepas. Gambar kecil: Ahmad Shukri Mat Akhir
A
A
A

ALOR SETAR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan tiga lelaki termasuk seorang individu dipercayai suspek kes pecah rumah seperti yang ditularkan dalam Facebook penduduk setempat.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, ketiga-tiga lelaki berusia lingkungan antara 30-an dan 40-an itu ditahan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Kota Setar kira-kira jam 11.15 malam di sekitar Jalan Datuk Kumbar, di sini, pada Rabu.

"Kesemua tangkapan didapati memiliki rekod atas pelbagai kesalahan jenayah dan dadah. Ketiga-tiganya juga positif dadah jenis methampheamine.

"Pihak polis turut merampas sebungkus plastik mengandungi daun ketum. Kes disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan dan Seksyen 30 (3) Akta Racun," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Pada 27 Januari lalu, tular di Facebook Penduduk Kuala Kedah yang mengatakan 'Awas penduduk Kuala Kedah terutamanya yang dok rumah taman..taik kaki pecah rumah berkeliaran..waspada'.

Artikel Berkaitan: