PGA rampas arak, rokok seludup

PGA menahan seorang lelaki dan merampas rokok dan arak seludup di Jalan Rotan Lumpit, Masai, Johor Bahru pada Rabu.
PGA menahan seorang lelaki dan merampas rokok dan arak seludup di Jalan Rotan Lumpit, Masai, Johor Bahru pada Rabu.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Pasukan Gerakan Am (PGA) menahan seorang lelaki serta merampas 123 karton rokok dan tujuh botol arak seludup di Jalan Rotan Lumpit, Masai di sini pada Rabu.

Pegawai Pemerintah Batalion 5 PGA, Superintendan Dimin Awang berkata, lelaki tempatan berusia 29 tahun itu ditahan dalam sebuah kereta pada jam 10.45 pagi.

Menurutnya, hasil pemeriksaan lanjut menemukan rokok dan arak seludup dalam kereta berkenaan.

Rokok dan arak yang dirampas daripada seorang lelaki di Jalan Rotan Lumpit, Masai, Johor Bahru pada Rabu.
Rokok dan arak yang dirampas daripada seorang lelaki di Jalan Rotan Lumpit, Masai, Johor Bahru pada Rabu.

"Anggaran keseluruhan nilai rampasan berjumlah lebih RM28,000. Tangkapan dan rampasan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) IPD Seri Alam untuk tindakan lanjut.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 135 Akta Kastam 1967," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini pada Khamis.

Dimin menyeru kepada orang awam untuk terus menyalurkan maklumat kepada pihak polis bagi mengekang lambakan barangan kontraban.

Artikel Berkaitan: