X

Kindly register in order to view this article
!

Kementerian Wilayah Persekutuan perluas Program MY5

Annuar Musa
A
A

KUALA LUMPUR - Kementerian Wilayah Persekutuan akan memperkasakan Program MY5 bagi membasmi kemiskinan bandar sekali gus menambah baik jaringan keselamatan sosial dalam kalangan warga Wilayah Persekutuan.

Menterinya Tan Sri Annuar Musa berkata program sepanjang tahun 2021 itu meliputi aspek pekerjaan dinamakan sebagai [email protected], persekolahan ([email protected]), barangan keperluan asas ([email protected]), makanan ([email protected]) dan perubatan ([email protected]).

"Kita telah mulakan program ini (sekitar pertengahan) tahun lepas sebagai percubaan dan ad-hoc dengan kapasiti kecil jadi tahun ini kita akan menjalankan program dengan lebih meluas,” katanya dalam program Ruang Bicara bertajuk Wilayah Persekutuan Wilayah Prihatin terbitan Bernama TV malam tadi.

Beliau berkata [email protected] bakal menawarkan lebih 3,000 peluang pekerjaan kepada warga kota terutama yang terjejas akibat COVID-19 dalam enam bidang pekerjaan termasuk perkhidmatan, pembinaan, penyelenggaraan, pembersihan, pembuatan dan pembungkusan.

Jelasnya, [email protected] yang bertujuan membantu meringankan perbelanjaan tambang pengangkutan murid sekolah daripada golongan berpendapatan rendah pula akan diperluaskan ke 158 kawasan perumahan awam dan swasta kos rendah melibatkan hampir 10,000 murid.

Annuar berkata kementerian juga menyasarkan untuk memperluas program [email protected] yang menawarkan golongan B40 membeli barangan dapur pada harga sehingga 20 peratus lebih rendah ke 158 kawasan perumahan kos rendah awam dan swasta serta kampung tradisi sekitar ibu negara.

"Saya juga mengharapkan lebih banyak sambutan dan kerjasama strategik pihak swasta untuk menjayakan [email protected] dalam memastikan bantuan makanan percuma boleh dinikmati lebih ramai golongan memerlukan,” katanya.

Tambahnya, [email protected] yang menyediakan rawatan asas dan pemeriksaan percuma menerusi klinik bergerak kepada warga kota yang kurang berkemampuan secara mingguan juga akan dikembangkan ke lebih banyak kawasan.

Selain itu, Annuar turut berkongsi berkenaan sumbangan beras menerusi program [email protected] yang akan dilaksanakan mulai 1 Februari sehingga Jun tahun ini bagi meringankan beban warga Wilayah Persekutuan yang terjejas akibat Covid-19.

Jelasnya untuk permulaan sebanyak 23,000 kampit beras sumbangan badan korporat dan orang ramai akan diagihkan tiga kali seminggu menerusi Majlis Perwakilan Penduduk Wilayah Persekutuan. - Bernama


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!