Pantau rasuah dalam kalangan Ahli Majlis PBT

Ang Tan Loong
Ang Tan Loong
A
A
A

SHAH ALAM - Ahli majlis yang dilantik setiap pihak berkuasa tempatan (PBT) perlu amanah dan jujur serta tidak terjebak dengan amalan rasuah.

Ahli Perniagaan, Ang Tan Loong, 62 berkata, kuasa yang diberikan itu perlu digunakan untuk tujuan yang betul dan membantu rakyat.

Menurutnya, beliau tidak menafikan wujud amalan rasuah dalam kalangan ahli majlis sewaktu menyandang jawatan tersebut selama dua tahun dalam sebuah PBT di Selangor.

"Saya pernah dimaklumkan ada antara ahli majlis yang meminta wang sebanyak RM5, 000 untuk bantu selesaikan masalah peniaga, namun saya tidak pasti dakwaan itu benar atau sekadar cakap kosong.

"Gaji ahli majlis hanya RM2,500, tapi bila ada kuasa mereka boleh buat duit 'tepi' dengan membantu pihak tertentu untuk percepatkan kelulusan lesen perniagaan atau mengelak diganggu pihak berkuasa, " katanya kepada Sinar Harian.

Mengulas lanjut, Tan Loong berkata, amalan itu (rasuah) sukar untuk dielakkan namun boleh diperangi jika semua pihak mempunyai kesedaran untuk menolaknya selain pemerkasaan jabatan integriti yang dipertanggungjawabkan bagi memantau aktiviti itu.

"Rasuah ada di mana-mana, tak kira kamu kerajaan atau bukan kerajaan. Malah ada antara parti politik apabila sudah jadi kerajaan mereka sibuk rebut kuasa, lupa tujuan asal untuk membela rakyat.

"Rasuah bukan sebab gaji rendah, ada dalam kalangan yang bergaji besar pun ambil rasuah. Ia lebih kepada soal integriti dan maruah, jika ikhlas berkhidmat, mereka akan tolak rasuah," katanya.

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu, Tan Loong berharap ahli majlis PBT dapat mengelak amalan rasuah dan berpegang kepada akur janji sewaktu menyandang jawatan tersebut.

"Berkhidmat lah untuk rakyat, bukan kerana mahu mengutip hasil daripada jawatan yang diberikan.

"Khidmat saya sebagai ahli majlis hanya dua tahun, tidak disambung kerana saya bukan orang politik dan tiada 'kabel'. Jika kamu bersih rasuah, ada orang akan kurang senang dengan anda, " katanya.