Scammer guna nombor 011-2369 6711 tipu RM871,360

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

MELAKA - Nombor telefon 011-2369 6711 dikesan digunakan oleh 'scammer' bagi menipu lima mangsa sehingga menyebabkan kerugian sebanyak RM871,360.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Melaka, Superintendan E Sundra Rajan berkata, hasil semakan polis, nombor telefon itu telah terlibat dengan empat laporan lain sebelum ini dan menggunakan modus operandi sama.

"Terbaru, seorang peniaga lemang berusia 47 tahun kerugian RM96,930 selepas ditipu pemanggil sama yang mengajaknya menyertai pelaburan syarikat perkapalan.

"Wanita itu dihubungi suspek pada Jun tahun lalu sebelum tertarik dengan pelaburan yang didakwa akan memberikan pulangan keuntungan dalam tempoh 14 hari berdasarkan hasil aktiviti perkapalan yang dijalankan," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Mengulas lanjut beliau berkata, mangsa seterusnya berminat dengan pelaburan itu kemudiannya memasukkan wang berjumlah RM96,930 ke tiga akaun berbeza bermula 5 Jun tahun lalu sehingga 25 Januari lepas.

"Kesemua wang tersebut dimasukkan sebagai bayaran modal dan lain-lain caj seperti proses tekan tera (stamping).

"Mangsa bagaimanapun menyedari dirinya telah ditipu apabila suspek masih menghubunginya dan meminta untuk memasukkan wang sebelum membuat laporan polis pada Selasa.

"Kes ini seterusnya disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu," katanya.

Artikel Berkaitan: