Kanak-kanak lima tahun terima rawatan vaksin rabies

14
14
A
A
A

IPOH - Seorang kanak-kanak lelaki menerima rawatan vaksin rabies selepas digigit anjing peliharaan jirannya di Taiping, 7 Februari lalu.

Pengarah Kesihatan Perak, Datuk Dr Ding Lay Ming berkata, kanak-kanak berusia lima tahun yang dimasukkan ke Hospital Taiping itu turut diberikan rawatan debridement akibat luka yang dialami.

Bagaimanapun menurutnya, keadaan mangsa setakat ini adalah stabil.

"Kita akan memastikan mangsa mendapat dos lengkap vaksin rabies ini dengan dos keempat adalah pada 21 Februari ini," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, daripada laporan diterima Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Larut Matang Selama, anjing terbabit menggigit mangsa tanpa provokasi.

"Haiwan berkenaan telah dilupuskan sendiri oleh pemiliknya dan sampel daripada karkas anjing itu telah diambil Jabatan Perkhidmatan Veterinar untuk ujian oleh Institut Penyelidikan Veterinar (VRI)," katanya.

Artikel Berkaitan: