Merapi berterusan muntahkan debu panas

Merapi terus memuntahkan debu panas dan awan asap pada Rabu. - Foto AFP
Merapi terus memuntahkan debu panas dan awan asap pada Rabu. - Foto AFP
A
A
A

JAKARTA - Gunung Merapi yang merupakan salah satu gunung berapi paling aktif di dunia meletus pada Rabu dan memuntahkan awan asap dan debu tebal.

Merapi yang terletak berhampiran Yogyakarta dilaporkan telah membebaskan debu panas ke udara lebih 30 kali dalam tempoh 24 jam.

Agensi Geologi Indonesia memaklumkan tiupan angin turut membawa sebahagian debu panas sejauh tiga kilometer daripada permukaan kawah.

Susulan ancaman yang semakin meningkat, pihak berkuasa telah mengarahkan penduduk supaya tidak berada dalam kawasan lingkungan lima kilometer kerana bimbang aliran lahar mungkin tercetus pada bila-bila masa.

Sejak beberapa hari lalu, lava panas telah mengalir keluar dari kawah Merapi, namun pihak berkuasa masih meletakkan status amaran kepada tahap kedua tertinggi.

Pada 2010, lebih 300 terkorban dan memaksa kira-kira 280,000 penduduk di kawasan sekitar berpindah ketika kali terakhir ia meletus. - AFP

Artikel Berkaitan: